Connect with us

Antarabangsa

Erdogan gelar pembangkang pro-LGBT

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuduh pembangkang sebagai ‘pro golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’ pada kempennya di Istanbul, menjelang seminggu sebelum pilihan raya pada 14 Mei ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Erdogan gelar pembangkang pro-LGBT
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuduh pembangkang sebagai ‘pro golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’ pada kempennya di Istanbul, menjelang seminggu sebelum pilihan raya pada 14 Mei ini.
  • “Parti AK dan parti lain dalam perikatan kami tidak akan pro-LGBT kerana keluarga adalah suci bagi kami.
  • “Kami akan kuburkan mereka yang pro-LGBT dalam peti undi,” katanya yang melabelkan golongan itu sebagai ‘penyeleweng’.
  • Turkiye dijangka mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 14 Mei ini dan tinjauan pendapat menunjukkan Erdogan berdepan cabaran pilihan raya terbesarnya dalam dua dekad berkuasa.

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menuduh pembangkang sebagai ‘pro golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’ pada kempennya di Istanbul, menjelang seminggu sebelum pilihan raya pada 14 Mei ini.

“Parti AK dan parti lain dalam perikatan kami tidak akan pro-LGBT kerana keluarga adalah suci bagi kami.

“Kami akan kuburkan mereka yang pro-LGBT dalam peti undi,” katanya yang melabelkan golongan itu sebagai ‘penyeleweng’.

Turkiye dijangka mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 14 Mei ini dan tinjauan pendapat menunjukkan Erdogan berdepan cabaran pilihan raya terbesarnya dalam dua dekad berkuasa.

Sementara itu, di tempat lain penunjuk perasaan membaling batu ke arah Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, ahli pembangkang utama Parti Rakyat Republik (CHP) semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya di timur bandar Erzurum, kubu kuat Parti AK (AKP) Erdogan.

Berikutan itu, Imamoglu mendakwa sembilan orang cedera pada perhimpunan itu.

“Kami terpaksa beredar untuk keselamatan anda,” katanya kepada penyokong sambil menambah bahawa dia akan memfailkan aduan jenayah terhadap gabenor Erzurum dan ketua polis kerana membenarkan keganasan.

Erdogan juga dilaporkan ‘menyerang’ pesaing utamanya dalam pilihan raya, Kemal Kilicdaroglu, yang mengetuai pakatan pembangkang utama.

Beliau menuduh Kilicdaroglu mendapat sokongan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan berikutan melancarkan pemberontakan sejak 1980-an di mana lebih 40,000 orang terbunuh.

Ia dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah, namun dinafikan pembangkang iaitu sebagai agenda retorik kempen yang memecahbelahkan dan berbahaya.

Pada pilihan raya presiden 2018, Erdogan memenangi 72 peratus undi di Erzurum.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *