Antarabangsa
Persidangan PBB tidak iktiraf Taliban
Persidangan antarabangsa mengenai Afghanistan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara tertutup di Qatar sebulat suara tidak mengiktiraf Taliban.
- Persidangan antarabangsa mengenai Afghanistan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara tertutup di Qatar sebulat suara tidak mengiktiraf Taliban.
- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menjelaskan, bukan masa sesuai untuk berurusan dengan pentadbiran Afghanistan.
- “Perbincangan yang dibuat adalah berkaitan langkah sesuai membangunkan pendekatan antarabangsa.”
- “Bukannya untuk mengiktiraf pemerintahan secara de facto Taliban.”
- “Biar saya jelaskan, kita tidak akan pernah berdiam diri dalam menghadapi serangan sistemik yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap hak wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya.
DOHA, 12 Syawal 1444H, Rabu – Persidangan antarabangsa mengenai Afghanistan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara tertutup di Qatar sebulat suara tidak mengiktiraf Taliban.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menjelaskan, bukan masa sesuai untuk berurusan dengan pentadbiran Afghanistan.
“Perbincangan yang dibuat adalah berkaitan langkah sesuai membangunkan pendekatan antarabangsa.
“Bukannya untuk mengiktiraf pemerintahan secara de facto Taliban,” katanya sambil menambah akan menganjurkan perbincangan sama pada masa hadapan.
Perbincangan tersebut dianggotai kira-kira 20 wakil negara dengan menyasarkan peranan pihak antarabangsa berdepan isu Afghanistan termasuk krisis kemanusiaan, hak wanita serta berkaitan menentang keganasan.
Guterres turut mengecam tindakan Taliban yang mencabul hak kemanusiaan wanita termasuk larangan ke sekolah dan pendidikan kepada kaum wanita di universiti.
“Biar saya jelaskan, kita tidak akan pernah berdiam diri dalam menghadapi serangan sistemik yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap hak wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya.
Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran pada Ogos 2021, pentadbiran mengenakan dasar berat sebelah kepada kaum wanita, termasuk menghalang menghadiri kuliah di universiti dan menutup sekolah-sekolah peringkat tinggi kepada pelajar perempuan.
Sumber: Ismaweb