Connect with us

Antarabangsa

Krisis Sudan: `Seolah-olah seperti hari kiamat’

Ketika jambatan ditutup di kawasan Khartoum iaitu ibu negara Sudan, pelajar perubatan dari Palestin, Nour Kullab menganggap ia hanyalah satu lagi protes.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Krisis Sudan: `Seolah-olah seperti hari kiamat'
Foto: Pelajar perubatan Palestin, Nour Kullab (kiri).
  • Ketika jambatan ditutup di kawasan Khartoum, pelajar perubatan dari Palestin, Nour Kullab menganggap ia hanyalah satu lagi protes.
  • Bekalan elektrik dan air tiba-tiba terputus di tengah-tengah bunyi tembakan dan roket.
  • “Saya keluar dari rumah, tiada beca, hanya kereta dan tiada siapa berhenti untuk membantu saya, zon perindustrian terbakar manakala kedai ditutup.
  • “Saya berasa seolah-olah seperti hari kiamat. Apabila anda melihat mayat berselerak di kanan dan kiri, orang yang dikerat-kerat, bank yang dibakar, anda rasa ia sama sekali tidak selamat,” –  pelajar perubatan Palestin, Nour Kullab.
  • Beratus-ratus orang terbunuh sejak perebutan kuasa antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera dalam konflik pada 15 April lalu.

GAZA: Ketika jambatan ditutup di kawasan Khartoum iaitu ibu negara Sudan, pelajar perubatan dari Palestin, Nour Kullab menganggap ia hanyalah satu lagi protes.

Kemudian bekalan elektrik dan air tiba-tiba terputus di tengah-tengah bunyi tembakan dan roket.

“Saya keluar dari rumah, tiada beca, hanya kereta dan tiada siapa berhenti untuk membantu saya, zon perindustrian terbakar manakala kedai ditutup.

“Saya berasa seolah-olah seperti hari kiamat. Apabila anda melihat mayat berselerak di kanan dan kiri, orang yang dikerat-kerat, bank yang dibakar, anda rasa ia sama sekali tidak selamat,” kata Kullab ketika ditemui di kediaman keluarganya di Khan Younis, di sini.

Beratus-ratus orang terbunuh sejak perebutan kuasa antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera dalam konflik pada 15 April lalu.

Kementerian Luar Palestin, hari ini, memuktamadkan pemindahan penduduk Palestin di Sudan dengan kerjasama Mesir, Jordan, dan Arab Saudi.

Gaza yang sudah melalui pelbagai peperangan antara puak Israel dan Palestin turut berdepan konflik sivilnya sendiri.

Malah, sekatan yang diketuai Israel berjaya menyekat pergerakan orang dan barangan selama bertahun-tahun.

“Peperangan di Sudan ini lebih teruk daripada di Gaza,” kata Kullab, 25, yang terpaksa menghabiskan beberapa hari tanpa roti atau air bersih selepas meninggalkan rumahnya untuk tinggal bersama rakan warga Sudan.

Kedai-kedai ditutup kerana rompakan berleluasa.

“Ada seorang lelaki yang menjual air dalam lori tangki, air masin diambil dari laut atau sungai, yang penting ia adalah air,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *