Terkini
‘Selagi silibus tinggi, semua usaha KPM sukar tercapai’ – Penyelidik pendidikan
Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengurangkan silibus sekolah untuk memastikan murid dan guru berada dalam keadaan sejahtera serta sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan.

- “KPM wujudkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) itu baik. KPM bina slogan murid ceria, guru bahagia. Itu baik. KPM mahu jadikan sekolah tempat yang menyeronokkan, itu juga baik.
- “Tetapi selagi silibus masih terlalu berat, tinggi dan rigid, semua usaha baik KPM sukar tercapai. Kurangkan dulu silibus, pasti murid dan guru akan sejahtera. Sekolah pula akan jadi tempat yang menyeronokkan,” – Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
- Menerusi Facebook, beliau telah membuat beberapa hantaran yang berfokus kepada isu sama namun dimuat naik pada hari dan waktu berbeza.
- Kesan daripada silibus sekolah terlalu padat turut disenaraikan iaitu antaranya menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk belajar; guru terkejar untuk menghabiskan silibus; aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berkurangan dan pembelajaran secara hafalan akan berlaku.
- Rata-rata guru di ruangan komen hantaran Faecbook tersebut bersetuju dengan pandangan beliau tentang permasalahan silibus tinggi yang perlu diselesaikan segera di mana bukan sahaja dihadapi murid sekolah rendah malah juga pelajar di sekolah menengah.
KUALA LUMPUR — Penyelidik pendidikan, Dr Anuar Ahmad meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengurangkan silibus sekolah untuk memastikan murid dan guru berada dalam keadaan sejahtera serta sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan.
Beliau berpandangan selagi mana silibus pembelajaran masih berada dalam kategori terlalu berat, tinggi dan rigid maka semua usaha baik KPM yang lain sukar direalisasikan.
“KPM wujudkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) itu baik. KPM bina slogan murid ceria, guru bahagia. Itu baik. KPM mahu jadikan sekolah tempat yang menyeronokkan, itu juga baik.
“Tetapi selagi silibus masih terlalu berat, tinggi dan rigid, semua usaha baik KPM sukar tercapai. Kurangkan dulu silibus, pasti murid dan guru akan sejahtera. Sekolah pula akan jadi tempat yang menyeronokkan,” katanya di Facebook pada Ahad.
Menerusi Facebook, beliau telah membuat beberapa hantaran yang berfokus kepada isu sama namun dimuat naik pada hari dan waktu berbeza.
Kesan daripada silibus sekolah terlalu tinggi ini turut disenaraikan iaitu antaranya menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk belajar; guru terkejar untuk menghabiskan silibus; aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berkurangan dan pembelajaran secara hafalan akan berlaku.

Foto: Tangkap layar Facebook Anuar Ahmad.
Dalam pada itu, rata-rata guru di ruangan komen hantaran Faecbook tersebut bersetuju dengan pandangan beliau tentang permasalahan silibus tinggi yang perlu diselesaikan segera di mana bukan sahaja dihadapi murid sekolah rendah malah juga pelajar di sekolah menengah.
Ada di antara mereka, meluahkan kebimbangan bagaimana pelajar di sekolahnya ingin menghadapi silibus yang disifatkan sukar andai ramai pelajar tahun 5 didakwa masih belum menguasai asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
Susulan itu, guru meminta agar 3M diperkukuhkan terlebih dahulu di peringkat sekolah rendah.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini dilaporkan berkata kurikulum persekolahan di Malaysia adalah setanding dengan kurikulum negara lain serta bagi memastikan kurikulum sentiasa releven, KPM terbuka mendengar pandangan pelbagai pihak dan komited melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan kurikulum. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Annuar Ahmad

You must be logged in to post a comment Login