Antarabangsa
Belanda haram penjawat awam guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China, TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
- Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China, TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
- Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan ‘aplikasi yang diluluskan’, bermakna ‘aplikasi sensitif pengintipan’ tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.
- “Persoalan yang dibangkitkan di Parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.
- Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran mengenai ‘risiko tinggi pengintipan’ daripada negara mempunyai program siber menyasarkan Belanda dan kepentingannya.
LONDON: Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China, TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan ‘aplikasi yang diluluskan’, bermakna ‘aplikasi sensitif pengintipan’ tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.
“Persoalan yang dibangkitkan di Parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.
Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran mengenai ‘risiko tinggi pengintipan’ daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.
Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China.
Sumber: Berita Harian