Antarabangsa
PBB usaha hentikan Islamofobia
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyatakan wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka.
- Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guturres, wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka.
- Antara langkah yang ditekankan PBB dalam usaha menghentikan Islamofobia termasuk Pelan Tindakan untuk Melindungi Tapak Keagamaan.
- PBB juga menggesa usaha meningkatkan pelaburan politik, budaya dan ekonomi dalam perpaduan sosial.
- “Kita terpaksa menghadapi ketaksuban di mana-mana dan bila-bila masa. Ini termasuk berusaha untuk menangani kebencian yang merebak”. — Setiausaha Agung PBB, António Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyatakan wanita Islam mengalami diskriminasi tiga kali ganda lebih teruk kerana jantina, kepercayaan dan etnik mereka.
Beliau berkata demikian dalam perutusannya untuk memperingati Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia pada 15 Mac.
Antara langkah-langkah yang ditekankan PBB dalam usaha menghentikan Islamofobia termasuk Pelan Tindakan untuk Melindungi Tapak Keagamaan.
Pihaknya juga menggesa untuk meningkatkan pelaburan politik, budaya dan ekonomi dalam perpaduan sosial.
“Ia adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan daripada kebangkitan semula etno-nasionalisme, ideologi ketuanan kulit putih neo-Nazi dan keganasan yang menyasarkan populasi yang terdedah, termasuk orang Islam, Yahudi dan beberapa komuniti Kristian minoriti.
“Kita terpaksa menghadapi ketaksuban di mana-mana dan bila-bila masa. Ini termasuk berusaha untuk menangani kebencian yang merebak,” katanya dipetik The Guardian.
Beliau juga menyatakan kerjasama PBB dengan kerajaan, syarikat teknologi dan media untuk membina benteng dan menguat kuasakannya.
Sumber: The Guardian