Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mentega Terbang: Liyana Jasmay anggap rakyat Malaysia cepat ‘triggered’

Susulan kontroversi yang tercetus oleh filem Mentega Terbang, selebriti Liyana Jasmay menyifatkan rakyat Malaysia cepat ‘triggered’ atau mudah tersinggung dengan hal-hal remeh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Mentega Terbang: Liyana Jasmay anggap rakyat Malaysia cepat ‘triggered’
Foto: Selebriti, Liyana Jasmay.

Susulan kontroversi yang tercetus oleh filem Mentega Terbang, selebriti Liyana Jasmay menyifatkan rakyat Malaysia cepat ‘triggered’ atau mudah tersinggung dengan hal-hal remeh.

 “Mungkin kita ni cepat triggered. Malaysian easily triggered, we are easily triggered by small thing,” kata pelakon, pengarah dan penerbit itu dalam satu video disiarkan Boom Malaysia.

 Menurut Liyana, dia percaya semua pembikin filem mempunyai alasan tersendiri untuk menerbitkan sesuatu karya.

 I believe every maker di dunia ataupun di Malaysia ada reason kenapa dia buat. Tak mungkin dia buat sengaja ataupun untuk menghina”.

 Dalam pada itu, Liyana turut menyifatkan media sosial sebagai ‘syaitan’ yang memperbesar-besarkan isu tersebut.

 Before you talk anything about being Islamic ke agama ke, this is the devil itself,” katanya sambil menunjuk telefon bimbit.

 So, you don’t talk, don’t talk benda-benda yang you rasa macam you pandai sangat,” tambahnya sambil mempersoalkan mengapa orang ramai melibatkan diri dalam media sosial.

 Filem Mentega Terbang yang dihasilkan pada 2021 mencetuskan kontroversi sejak ia ditayangkan menerusi platform penstriman digital Viu pada 19 Januari lalu.

 Ia dikritik kerana kandungannya yang mempersenda agama dan bertentangan akidah, sebelum dialih keluar dari Viu pada 27 Februari.

 Penolakan terhadap tayangan filem indie itu bukan sahaja dari kalangan umat Islam, malah penganut agama lain juga menganggap kandungannya mampu menjejaskan nilai keaslian agama. – The Merdeka Times

 Sumber: Instagram Boom Malaysia

Author