Antarabangsa
Sekolah di East London paksa pendidikan LGBTQ kepada pelajar Muslim
Ibu bapa pelajar Muslim kini risau tentang subjek diajar dalam kurikulum anak-anak mereka di sebuah sekolah menengah di East London.

- Bantahan dibuat ibu bapa pelajar Muslim yang mendapati anak-anak mereka dipaksa mempelajari ideologi LGBTQ di sebuah sekolah menengah di East London UK.
- Ibu bapa marah selepas melihat satu imej daripada slaid pembentangan yang menunjukkan satu animasi seorang wanita Muslim berhijab yang bernama Hafsa, seorang kurang upaya biseksual dan menggunakan semua pronouns.
- Animasi itu menjelaskan Hafsa ialah seorang wanita Muslim yang harus memilih untuk menjadi biseksual atau seorang Muslim.
- Dialog mengatakan “Hafsa menyedari bawah dia boleh menjadi kedua-duanya,” menetapkan contoh negatif kepada kanak-kanak Muslim yang “merasa tidak salah untuk menjadi Muslim dan gay”.
- Pendidikan Hubungan dan Seks (RSE) di negara itu, termasuk pengajaran hubungan sejenis dan identiti transgender, menimbulkan kecaman ibu bapa dan beberapa sekolah keagamaan yang menolak peraturan baharu itu.
UNITED KINGDOM – Ibu bapa pelajar Muslim kini risau tentang subjek diajar dalam kurikulum anak-anak mereka di sebuah sekolah menengah di East London.
Bantahan dibuat ibu bapa terbabit yang mendapati anak-anak mereka dipaksa mempelajari ideologi LGBTQ di sekolah.
Kelompok terbabit marah selepas melihat satu imej daripada satu slaid pembentangan yang menunjukkan satu animasi seorang wanita Muslim berhijab bernama Hafsa, dikatakan sebagai orang kurang upaya biseksual dan menggunakan semua pronouns (kata ganti nama).
Animasi itu menjelaskan Hafsa ialah seorang wanita Muslim yang harus memilih untuk menjadi biseksual atau seorang Muslim.
Dialog yang mengatakan “Hafsa menyedari bawah dia boleh menjadi kedua-duanya,” menetapkan contoh negatif kepada kanak-kanak Muslim yang “merasa tidak salah untuk menjadi Muslim dan gay.”
Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti sekolah yang menyampaikan ideologi LGBTQ itu kepada pelajar Islam, namun beberapa media mengesahkan insiden itu berlaku di sebuah sekolah di East London.
Pendidikan Hubungan dan Seks (RSE) di negara itu, termasuk pengajaran hubungan sejenis dan identiti transgender, menimbulkan kecaman ibu bapa dan beberapa sekolah keagamaan yang menolak peraturan baharu itu.
Januari lalu, ibu bapa umat Islam di kawasan RedBridge, East London berkata mereka akan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain, kecuali isu LGBTQ itu ditangani.
Sementara itu, Parent United, iaitu sebuah kumpulan ditubuhkan pada 2020 susulan kebimbangan tentang pendidikan RSE, dalam satu persidangan pada November lalu menyampaikan beberapa tuduhan terhadap sekolah yang mengabaikan sensitiviti semasa memajukan topik tersebut.
Kumpulan itu menggesa pihak sekolah menunjukkan sumber pembelajaran kepada ibu bapa dan mendapatkan kelulusan mereka sebelum mengajarnya di dalam kelas.
Pihak sekolah turut diminta untuk bersikap terbuka mengenai kekerapan RSE diajar sebagai tambahan kepada berapa banyak penekanan diberikan kepada komuniti LGBTQ.
Sumber: The Islamic Information
