Connect with us

Terkini

(VIDEO) Berang hospital sesak, pesakit mental tikam pesakit lain

Seorang pesakit pertengahan usia cedera parah selepas ditikam oleh seorang pesakit mental di Hospital Selayang pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Berang hospital sesak, pesakit mental tikam pesakit lain
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Seorang pesakit pertengahan usia cedera parah selepas ditikam oleh seorang pesakit mental di Hospital Selayang pada Selasa.

Memetik laporan The Straits Time, mangsa yang sedang menghidap demam denggi telah ditikam sebanyak tiga kali oleh pesakit psikiatri itu.

Dia bertindak sedemikian kerana kecewa susulan terpaksa menunggu lama di jabatan kecemasan hospital itu bagi mendapatkan katil di wad.

Difahamkan, wad di hospital tersebut sedang penuh ketika kejadian, manakala jabatan kecemasan pula sedang sesak dengan ramai pesakit lain.

Pesakit mental itu dilapor mengambil sebilah pisau dari pantri kakitangan jururawat lalu menikam mangsa di bahagian belakang dan dua kali di bahagian perut.

Pisau itu akhirnya terpacak di perut mangsa dan perlu menjalani pembedahan.

Pihak hospital dan polis masih belum mengulas mengenai kejadian itu.

Kejadian ini jelas menggambarkan bahawa penjagaan kesihatan awam negara terus terbeban lambakan pesakit dan kekurangan kakitangan.

Sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia ditetapkan untuk semakan menyeluruh, kerana empat pentadbiran berbeza dalam tempoh empat tahun lalu masih gagal menyelesaikan masalah sistemik yang telah lama wujud.

Negara ini mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam yang bersubsidi tinggi, yang mana kebanyakan penduduk bergantung padanya.

Bagaimanapun, perbelanjaan penjagaan kesihatan dan nisbah katilnya masih ketinggalan berbanding negara maju dan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ini telah menyebabkan kesesakan hospital dan juga syarat pekerjaan lemah untuk doktor muda yang akhirnya berhenti berkhidmat di sektor awam, memburukkan lagi kekurangan kakitangan di kebanyakan hospital.

Sumber: The Straits Time

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *