Connect with us

Antarabangsa

Taliban keluar surat amaran larang wanita duduki ujian masuk universiti

Meskipun dasar ke atas golongan wanita Afghanistan teruk dikecam antarabangsa, pemerintah Taliban ‘berkeras’ meneruskan larangan itu, bahkan mengenakan sekatan baharu.

Wartawan TMT

Published

on

Taliban keluar surat amaran larang wanita duduki ujian masuk universiti
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Taliban menghantar surat peringatan kepada semua universiti swasta Afghanistan supaya tidak membenarkan pelajar wanita menduduki ujian kemasukan ke institusi pendidikan berkenaan.
  • Menteri Pengajian Tinggi, Nida Mohammed Nadim menegaskan larangan sementara itu dilakukan bagi mengelak percampuran jantina di universiti.
  • Universiti yang tidak mematuhi larangan berkenaan akan dikenakan tindakan tegas.
  • Salinan surat itu dikongsikan dengan agensi berita AP yang memberikan amaran kepada pelajar wanita supaya tidak mengambil ujian kemasukan ke peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

KABUL, 7 Rejab 1444H, Ahad – Meskipun dasar ke atas golongan wanita Afghanistan teruk dikecam antarabangsa, pemerintah Taliban ‘berkeras’ meneruskan larangan itu, bahkan mengenakan sekatan baharu.

Terkini, Taliban menghantar surat peringatan kepada semua universiti swasta Afghanistan supaya tidak membenarkan pelajar wanita menduduki ujian kemasukan ke institusi pendidikan berkenaan.

Sebelum ini, Taliban teruk dikecam antarabangsa dan menggesa supaya dasar itu ditarik balik kerana menyekat kebebasan kaum wanita.

Bulan lalu, Taliban melarang golongan wanita meneruskan pengajian di universiti awam dan swasta.

Menteri Pengajian Tinggi, Nida Mohammed Nadim menegaskan larangan sementara itu dilakukan bagi mengelak percampuran jantina di universiti.

Jurucakap Menteri Pengajian Tinggi, Ziaullah Hashmi berkata, surat mengingatkan universiti swasta supaya tidak membenarkan wanita mengambil peperiksaan kemasukan telah dihantar ke semua universiti di negara tersebut.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dijelaskan.

Salinan surat itu dikongsikan dengan agensi berita AP yang memberikan amaran kepada pelajar wanita supaya tidak mengambil ujian kemasukan ke peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

Malah, mana-mana universiti yang tidak mematuhi larangan berkenaan akan dikenakan tindakan tegas.

Surat berkenaan ditandatangani pegawai Taliban, yang memantau, bahagian hal ehwal pelajar di universiti swasta, Mohammad Salim Afghan.

Ujian kemasukan ke universiti sepatutnya dijalankan pada 27 Februari depan di beberapa universiti.

Universiti di seluruh Afghanistan mempunyai jadual penggal yang berbeza, berikutan perbezaan musim di negara itu.

Sementara itu, jurucakap kesatuan universiti swasta, Mohammed Karim Nasari terkejut dengan surat yang diterima dan menjangkakan akan mengalami kerugian teruk akibat larangan berkenaan.

Afghanistan mempunyai 140 universiti swasta di 24 wilayah, dengan kira-kira 200,000 pelajar.

Daripada jumlah itu, kira-kira 60,000 hingga 70,000 adalah pelajar wanita.

Sumber: Ismaweb

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Aktivis wanita Kristian Sweden bakar al-Quran sambil pegang salib

Seorang aktivis wanita Kristian mengadakan acara pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden, lapor media berita Turkiye A Haber di platform X semalam.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis wanita Kristian, Jade Sandberg.

Seorang aktivis wanita Kristian mengadakan acara pembakaran al-Quran di ibu negara Sweden, lapor media berita Turkiye A Haber di platform X semalam.

RT memetik media itu melaporkan kejadian tersebut berlaku pada 26 April di Stockholm.

Video disiarkan dalam talian itu memaparkan individu yang dikenali sebagai Jade Sandberg, 48, dilihat membakar kitab suci umat Islam sambil melambai-lambai salib di depannya sambil menjerit “Islam keluar dari Sweden!”.

Acara itu dipercayai mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan kerana pegawai polis di lokasi kejadian dilihat tidak cuba menghalangnya.

Sandberg juga menyiarkan rakaman dan gambar demonstrasinya di akaun X-nya sendiri di mana dia mendakwa dirinya sebagai “pendeta, pengusir setan, ahli demonolog,” serta “aktivis dan pejuang salib menentang agama syaitan Islam”.

Pembakaran al-Quran dilakukannya pada minggu ini merupakan sekurang-kurangnya yang kedua untuk tahun ini.

Banyak protes seperti itu berlaku di seluruh Sweden sejak 2023 apabila ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan yang memegang kewarganegaraan Sweden, membakar kitab agama Islam itu di hadapan Kedutaan Turkiye pada Januari 2023.

Pihak berkuasa Sweden mengecam tindakan sedemikian tetapi masih membenarkan mereka meneruskannya kerana memetik undang-undang negara yang menjamin hak kebebasan bersuara. 

Di bawah Akta Ketenteraman Awam negara, seseorang itu mesti memohon permit daripada polis untuk mengadakan protes, tetapi permintaan hanya boleh ditolak atas alasan keselamatan.

Awal bulan ini, saluran televisyen Sweden SVT melaporkan polis menerima satu lagi permintaan untuk mengadakan demonstrasi membakar al-Quran pada 3 Mei kelak.

Stockholm berkata tahun lalu ia merancang untuk meminda Akta Ketenteraman Awam bagi mengelakkan insiden pembakaran al-Quran pada masa hadapan. 

RT melaporkan penggubal undang-undang Sweden dijangka memuktamadkan semakan terhadap draf undang-undang itu menjelang awal musim panas. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending