Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh di Tehran pada Selasa ketika menghadiri upacara pelantikan presiden baharu Iran, demikian menurut Pengawal Revolusi Iran.
Kumpulan Hamas pada Isnin menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Hamas menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong rancangan menamatkan perang dengan Israel di Gaza dan bersedia untuk sebarang rundingan susulan.
Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata ia melepaskan beberapa roket secara serentak ke bandar pantai Israel Tel Aviv, lapor agensi berita Anadolu.
Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan...
Jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam pentadbiran Canselor Jerman, Olaf Scholz atas kenyataannya pada Rabu yang berkata Jerman akan menangkap dan ekstradisi (hantar pulang) pemimpin...
Mengiktiraf negara Palestin umpama memberi ganjaran kepada Hamas untuk serangan 7 Oktober lalu, kata Benjamin Netanyahu.
PBB sendiri “telah menjadi badan pengganas,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan kepada Radio Tentera Israel.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.
Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk kumpulan Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan...