Connect with us

Antarabangsa

Operasi penentangan di Tebing Barat tidak akan terhenti – HAMAS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Operasi penentangan di Tebing Barat tidak akan berhenti walaupun ia berdepan serangan berterusan rejim zionis Israel dan tindakan pihak berkuasa Palestin (PA) yang memburu pejuang, kata Hamas.
  • Pemimpin gerakan penentangan Palestin itu, Mahmoud Mardawi berkata langkah keselamatan ketat oleh Israel tidak akan membawa keselamatan kepada tenteranya mahupun pendatang haram Israel.
  • “Rakyat Palestin tetap berpegang teguh dengan pilihan perlawanan dan ketabahan walau apa jua pengorbanan diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Dunia Palestin pada Selasa.
  • Mardawi turut mengecam tindakan pihak berkuasa keselamatan Palestin di Jenin yang didakwa berusaha menamatkan gerakan penentangan melalui operasi pemburuan dan pembunuhan pejuang yang menentang pendudukan Israel.
  • Beliau menyifatkan tindakan itu berlaku pada waktu mencurigakan ketika kerajaan Israel berusaha menggabungkan Tebing Barat dan mengusir penduduk Palestin.

Operasi penentangan di Tebing Barat tidak akan berhenti walaupun ia berdepan serangan berterusan rejim zionis Israel dan tindakan pihak berkuasa Palestin (PA) yang memburu pejuang, kata Hamas.

Pemimpin gerakan penentangan Palestin itu, Mahmoud Mardawi berkata langkah keselamatan ketat oleh Israel tidak akan membawa keselamatan kepada tenteranya mahupun pendatang haram Israel.

“Rakyat Palestin tetap berpegang teguh dengan pilihan perlawanan dan ketabahan walau apa jua pengorbanan diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Dunia Palestin pada Selasa.

Mardawi turut mengecam tindakan pihak berkuasa keselamatan Palestin di Jenin yang didakwa berusaha menamatkan gerakan penentangan melalui operasi pemburuan dan pembunuhan pejuang yang menentang pendudukan Israel.

“Tindakan pihak berkuasa di Jenin ini jelas tidak boleh diterima dan perlu dihentikan serta-merta kerana hanya menguntungkan pihak penjajah,” katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa keselamatan Palestin menghentikan operasi memburu pejuang, sekali gus memperkukuhkan perpaduan nasional bagi menghadapi ancaman Israel.

Mardawi menyifatkan tindakan itu berlaku pada waktu mencurigakan ketika kerajaan Israel berusaha menggabungkan Tebing Barat dan mengusir penduduk Palestin.

Semua pihak, kumpulan dan fraksi politik Palestin, perlu mengambil pendirian tegas terhadap perkembangan di Jenin dan mendesak PA menghentikan operasi mereka, kata Mardawi. – The Merdeka Times

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *