Connect with us

Antarabangsa

Pemulangan jenazah Sinwar tidak termasuk dalam perjanjian gencatan senjata – Pegawai Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin Hamas yang syahid, Yahya Sinwar
  • Menurut wartawan diplomatik Israel, perkara itu tidak akan berlaku.
  • “Ia tidak akan berlaku. Titik,” kata kenyataan tersebut.
  • Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang menjadi ketua biro politik gerakan tersebut pada Ogos lalu syahid selepas pembunuhan pemimpin sebelumnya, Ismail Haniyeh pada 18 Oktober semasa pertempuran dengan tentera zionis.

Pegawai Israel dengan tegas menolak kemungkinan jenazah pemimpin Hamas yang syahid, Yahya Sinwar sebagai tukaran dalam sebarang perjanjian melibatkan syarat pertukaran tahanan.

Menurut wartawan diplomatik Israel, perkara itu tidak akan berlaku.

“Ia tidak akan berlaku. Titik,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan laporan tidak rasmi bahawa Hamas menuntut agar mayat Sinwar diserahkan pada fasa awal perbincangan gencatan senjata.

Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang menjadi ketua biro politik gerakan tersebut pada Ogos lalu syahid selepas pembunuhan pemimpin sebelumnya, Ismail Haniyeh pada 18 Oktober semasa pertempuran dengan tentera zionis.

Kematian Sinwar mendedahkan pembohongan dan dakwaan Israel yang selama ini mengatakan beliau bersembunyi di terowong dan menggunakan tawanan sebagai perisai manusia.

Kesyahidan Sinwar membuktikan beliau sebenarnya berada bersama beberapa pejuang lain, mengenakan pakaian tentera, termasuk jaket peluru, bom tangan, dan senapang bertempur dengan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author