Connect with us

Antarabangsa

Hampir 1000 pegawai tentera udara Israel termasuk juruterbang tuntut serangan ke atas Gaza dihentikan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tentera Udara Israel berdepan ketegangan dalaman apabila hampir 1,000 anggota simpanan termasuk juruterbang, pegawai, dan tentera menandatangani surat yang menuntut untuk tamatkan serangan dan pengeboman ke atas Gaza.
  • Penulis surat itu menyatakan bahawa tindakan ketenteraan ke atas Gaza lebih bersifat politik daripada keperluan keselamatan.
  • Komander Tentera Udara, Mejar Jeneral Tomer Bar, menolak bantahan tersebut dan menyatakan bahawa mana-mana anggota simpanan yang mempersoalkan legitimasi serangan tidak layak melaksanakan tugas mereka.

Tel Aviv – Tentera Udara Israel berdepan ketegangan dalaman apabila hampir 1,000 anggota simpanan termasuk juruterbang, pegawai, dan tentera menandatangani surat yang menuntut untuk tamatkan serangan dan pengeboman ke atas Gaza.

Surat yang ditandatangani oleh pegawai kanan tentera udara itu menyeru penamatan segera terhadap serangan ketenteraan.

Tindakan ini dilihat sebagai isyarat bantahan terhadap operasi ketenteraan yang sedang dijalankan.

Menurut media, pemimpin kanan tentera udara zionis telah menghubungi setiap daripada anggota terlibat secara peribadi bagi menuntut mereka menarik balik sokongan terhadap surat tersebut atau berdepan pemecatan.

Walaupun begitu, hanya 25 individu menarik balik tandatangan mereka, manakala lapan yang lain dilapor menambah sokongan.

Penulis surat itu menyatakan bahawa tindakan ketenteraan ke atas Gaza lebih bersifat politik daripada keperluan keselamatan. Pandangan ini turut disokong oleh ahli politik pembangkang yang percaya bahawa perang ini digunakan untuk mengekalkan kuasa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Komander Tentera Udara, Mejar Jeneral Tomer Bar, menolak bantahan tersebut dan menyatakan bahawa mana-mana anggota simpanan yang mempersoalkan legitimasi serangan tidak layak melaksanakan tugas mereka.–The Merdeka Times

Author