Connect with us

Terkini

PNB dan KWAP, Jangan jual saham MAHB kepada Khazanah dan BlackRock

Pemegang saham di dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), terutama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), digesa supaya tidak menjual saham mereka dalam MAHB kepada Khazanah Nasional Bhd dan BlackRock.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini kerana Khazanah dan BlackRock membeli saham terbabit pada harga murah iaitu RM11 sesaham, sedangkan dianggarkan harga nilai sebenar MAHB minimum adalah RM16 sesaham. 
  • “PNB dan Amanah sahamnya seperti ASB (Amanah Saham Bumiputera), ASN (Amanah Saham Nasional), ASW (Amanah Saham Wawasan) mempunyai 81 juta saham ataupun lebih kurang 5 peratus dalam MAHB.
  • “KWAP yang menjaga pencen penjawat awam pula memiliki hampir 120 juta saham di dalam MAHB, ataupun 7 peratus.
  • “…. Jika PNB dan KWAP menjual (saham dalam MAHB) pada harga RM11, pemegang saham ASB dan penjawat awam ratanya Melayu Islam akan rugi hampir RM1 bill! Dalam erti kata lain, orang Melayu memberi subsidi atau diskaun untuk Khazanah/BlackRock sebanyak RM1 bil!,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Pemegang saham di dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), terutama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), digesa supaya tidak menjual saham mereka dalam MAHB kepada Khazanah Nasional Bhd dan BlackRock.

Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini kerana Khazanah dan BlackRock membeli saham terbabit pada harga murah iaitu RM11 sesaham, sedangkan dianggarkan harga nilai sebenar MAHB minimum adalah RM16 sesaham. 

“PNB dan Amanah sahamnya seperti ASB (Amanah Saham Bumiputera), ASN (Amanah Saham Nasional), ASW  (Amanah Saham Wawasan) mempunyai 81 juta saham ataupun lebih kurang 5 peratus dalam MAHB.

“KWAP yang menjaga pencen penjawat awam pula memiliki hampir 120 juta saham di dalam MAHB, ataupun 7 peratus.

“…. Jika PNB dan KWAP menjual (saham dalam MAHB) pada harga RM11, pemegang saham ASB dan penjawat awam ratanya Melayu Islam akan rugi hampir RM1 bill! Dalam erti kata lain, orang Melayu memberi subsidi atau diskaun untuk Khazanah/BlackRock sebanyak RM1 bil!.

“Saya menyeru orang Melayu yang ada saham di dalam ASB dan penjawat awam supaya mendesak PNB dan KWAP untuk tidak menjual begitu murah kepada BlackRock untuk menguasai 39 lapangan terbang di Malaysia, termasuk airport di Turkiye yang berpotensi amat besar,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tahun lalu MAHB meraih keuntungan lebih setengah bilion (RM534 juta) dan sehingga bulan enam tahun ini MAHB mengaut keuntungan hampir RM395 juta iaitu peningkatan hampir 90 peratus dari tempoh sama tahun lalu.

Katanya, jumlah penumpang juga naik tahun ini iaitu 16 peratus dan pegangan tunai hampir RM2 billion, justeru beliau menegaskan supaya saham itu tidak dijual.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Kerajaan Madani berdepan kritikan beberapa pihak, termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang seperti Wan Fayhsal, yang menentang penyertaan BlackRock menerusi Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah dan KWSP bagi meningkatkan pegangan saham dalam MAHB.

Kritikan dan desakan supaya Kerajaan membatalkan kerjasama itu difahamkan bermula pada Mei 2024 dan ia kembali hangat pada Ogos lalu susulan kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh.

Berkongsi perkembangan baharu, Pengerusi Tetap ARMADA BERSATU Malaysia, Zahin Zainal  baru-baru ini memaklumkan BlackRock mengesahkan ia telah berjaya memiliki GIP menerusi kenyataan media yang dikeluarkan syarikat terbabit pada 1 Oktober lalu.

Zainal berkata pengesahan berkenaan sekali gus menafikan sebarang dakwaan dan propaganda sebelum ini kononnya GIP tidak dimiliki syarikat pro-zionis berkenaan.

Susulan itu, kerajaan, khususnya Khazanah digesa membatalkan penjualan saham MAHB kepada GIP ekoran perkembangan terbaru melibatkan syarikat tersebut.  — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *