Terkini
Isu PrEP: Tahan diri daripada terjebak homoseksual dituntut Islam, selaras konsep perubatan
- Islam menuntut umatnya menahan diri atau abstinence daripada perbuatan homoseksual (seks anal) yang dilarang dan dianggap dosa besar, justeru apabila seorang Muslim mengatakan seruan itu tidak praktikal, maka ia bertentangan prinsip agama.
- Presiden WAFIQ, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Dr Anita Suleiman yang mengatakan adalah tidak praktikal untuk hanya menahan diri daripada melakukan aktiviti luar tabii dan tidak bermoral.
- Kenyataan Dr Anita dilaporkan media tempatan berbahasa Inggeris dalam sesi forum baru-baru ini, yang membangkitkan isu stigma dihadapi doktor mempreskripsikan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk pencegahan HIV yang dilihat sebagai tuduhan tidak adil apabila ia didakwa membolehkan tingkah laku berisiko dengan menggalakkan amalan seksual tidak selamat.
- “Sekurang-kurangnya empat Mufti negeri telah menyatakan preskripsi PrEP dibenarkan untuk kumpulan sasaran contohnya pasangan dijangkiti HIV, tetapi BUKAN untuk lelaki muda sihat yang memilih seks anal sebagai orientasi seksual mereka.
- “Sebaliknya, forum ini melakukan sebaliknya. Untuk mendiamkan peringatan agama, untuk mengasingkan fatwa dan melakar gambaran negatif pada seruan untuk mengatakan tidak kepada homoseksual daripada sudut agama, sedangkan itu adalah perkara betul untuk dilakukan orang awam.
- “Bukan itu sahaja perkara betul untuk dilakukan bagi maslahah yang lebih besar untuk Ummah, tetapi dari segi perubatan, seruan agama ini lebih selari dengan konsep perubatan dan kesihatan awam yang sangat asas, untuk menghentikan aktiviti seksual berisiko tinggi,” kata Dr Rafidah menerusi hantaran Facebook dalam bahasa Inggeris yang dimuat naik pada Khamis.
KUALA LUMPUR — Islam menuntut umatnya menahan diri atau abstinence daripada perbuatan homoseksual (seks anal) yang dilarang dan dianggap dosa besar, justeru apabila seorang Muslim mengatakan seruan itu tidak praktikal, maka ia bertentangan prinsip agama.
Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Dr Anita Suleiman yang mengatakan adalah tidak praktikal untuk hanya menahan diri daripada melakukan aktiviti luar tabii dan tidak bermoral.
Kenyataan Dr Anita dilaporkan media tempatan berbahasa Inggeris dalam sesi forum baru-baru ini, yang membangkitkan isu stigma dihadapi doktor mempreskripsikan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk pencegahan HIV yang dilihat sebagai tuduhan tidak adil apabila ia didakwa membolehkan tingkah laku berisiko dengan menggalakkan amalan seksual tidak selamat.
Dr Rafidah berkata orientasi seksual adalah pilihan dan seks anal merupakan satu aktiviti berisiko tinggi di mana dalam isu PrEP, doktor yang tidak mengamalkan seks anal membenarkan pesakit meneruskan perbuatan itu sebagai nasihat dan polisi, sedangkan ia salah.
“Berbalik kepada forum, malangnya forum itu sebenarnya bukan tentang menangani stigma untuk doktor yang memberi preskripsi PrEP. Semua Klinik Kesihatan melakukannya tanpa halangan kerana ia telah menjadi dasar.
“Sekurang-kurangnya empat Mufti negeri telah menyatakan preskripsi PrEP dibenarkan untuk kumpulan sasaran contohnya pasangan yang dijangkiti HIV, tetapi BUKAN untuk lelaki muda sihat yang memilih seks anal sebagai orientasi seksual mereka.
“Sebaliknya, forum ini melakukan sebaliknya. Untuk mendiamkan peringatan agama, untuk mengasingkan fatwa dan melakar gambaran negatif pada seruan untuk mengatakan tidak kepada homoseksual daripada sudut agama, sedangkan itu adalah perkara betul untuk dilakukan orang awam.
“Bukan itu sahaja perkara betul untuk dilakukan bagi maslahah yang lebih besar untuk Ummah, tetapi dari segi perubatan, seruan agama ini lebih selari dengan konsep perubatan dan kesihatan awam yang sangat asas, untuk menghentikan aktiviti seksual berisiko tinggi,” kata Dr Rafidah menerusi hantaran Facebook dalam bahasa Inggeris yang dimuat naik pada Khamis.
Beliau juga meminta kelompok doktor Muslim yang menggunakan tauliah mereka untuk individu yang mempunyai organisasi aktif mempromosikan gaya hidup songsang itu bertanyakan kepada diri mereka tentang berapa banyak lapisan Maqasid Syariah, Usul Fiqh dan asas Islam yang telah dilanggar dalam hal berkenaan.
Katanya, Maqasid Syariah meletakkan Hifz ad Deen sebagai yang pertama dan paling utama untuk dijaga, justeru adalah salah menggunakan Hifz an Nafs atau pemeliharaan nyawa bagi membenarkan penggunaan PrEP dalam kalangan homoseksual.
“Ini kerana mengelakkan perbuatan homoseksualiti (menahan diri) adalah pemeliharaan sebenar kehidupan (dan selaras dengan perubatan).
“Semasa COVID19, sektor kesihatan beralih kepada fatwa oleh Mufti untuk membantu mengawal wabak, tetapi kenapa dalam hal PrEP, sektor kesihatan membelakangkan fatwa dan institusi agama yang mengawal maksiat dalam masyarakat seperti homoseksual?,” kata Dr Rafidah. — The Merdeka Times