Antarabangsa
Israel serang satu-satunya hospital beroperasi di utara Gaza, bunuh kanak-kanak di ICU
Tentera Israel menyerbu hospital terakhir masih operasi di utara Gaza yang dikepung pada Jumaat selepas mengebomnya dan membunuh kanak-kanak di dalamnya, menurut laporan doktor dan media.
- Tentera Israel menyerbu hospital terakhir masih operasi di utara Gaza yang dikepung pada Jumaat selepas mengebomnya dan membunuh kanak-kanak di dalamnya, menurut laporan doktor dan media.
- Serangan ke atas Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia barat laut Jabalia, dilancarkan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, sejurus selepas delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meninggalkan hospital itu.
- Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Dr berkata ia bermula dengan serangan udara menyasarkan hospital dan halamannya, termasuk penjana oksigen perubatan.
- Pengeboman bekalan oksigen telah menyebabkan kematian kanak-kanak di hospital dan kakitangan perubatan cedera, kata Bursh Munir al-Bursh dipetik Middle East Eye pada Jumaat.
- Difahamkan, terdapat 150 pesakit dan individu yang cedera di dalam hospital itu bersama 250 kakitangan perubatan.
Tentera Israel menyerbu hospital terakhir masih operasi di utara Gaza yang dikepung pada Jumaat selepas mengebomnya dan membunuh kanak-kanak di dalamnya, menurut laporan doktor dan media.
Serangan ke atas Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia barat laut Jabalia, dilancarkan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, sejurus selepas delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meninggalkan hospital itu.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Dr berkata ia bermula dengan serangan udara menyasarkan hospital dan halamannya, termasuk penjana oksigen perubatan.
Pengeboman bekalan oksigen telah menyebabkan kematian kanak-kanak di hospital dan kakitangan perubatan cedera, kata Bursh Munir al-Bursh dipetik Middle East Eye pada Jumaat.
“Daripada menerima bantuan, kami menerima kereta kebal… yang membedil bangunan (hospital),” demikian kata Dr Hussam Abu Safiya, pengarah hospital Kamal Adwan, dalam video diterbitkan di laman sosialnya sejurus selepas insiden pengeboman itu dan terputus hubungan.
Beberapa jam selepas serangan udara itu, tentera rejim menyerbu hospital dan mengarahkan semua pesakit, termasuk orang dalam unit rawatan rapi, berkumpul di halaman rumah.
TV Al Arabi melaporkan tentera Israel juga menyerang semua orang di dalam hospital itu.
Mereka kemudian memisahkan lelaki dan perempuan. Semua lelaki telah ditahan dan dikenakan soal siasat lapangan, lapor Al Jazeera.
Difahamkan, terdapat 150 pesakit dan individu yang cedera di dalam hospital itu bersama 250 kakitangan perubatan. – The Merdeka Times