Connect with us

Terkini

Akta 342: Doktor perubatan bimbang pegawai diberikan kuasa, termasuk guna kekerasan

Seorang doktor perubatan meluahkan kebimbangan berkaitan kuasa yang diberikan kepada pegawai, termasuk menggunakan kekerasan, menerusi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang diluluskan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Doktor perubatan di The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor.
  • Seorang doktor perubatan meluahkan kebimbangan berkaitan kuasa yang diberikan kepada pegawai, termasuk menggunakan kekerasan, menerusi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang diluluskan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
  • Doktor perubatan di The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor berkata beliau bersama rakan perubatan lain tidak menentang pindaan akta itu kerana ia sememangnya perlu dipinda, namun antara kebimbangan mereka adalah berkenaan kuasa yang diberikan kepada pegawai dan ketua pengarah.
  • Kuasa itu tidak boleh dipusatkan kepada satu individu sahaja kerana ia berpotensi menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.
  • “Kuasa untuk menggunakan kekerasan tu, apa definisi dia untuk menggunakan kekerasan, macam mana? And then another one more thing, kuasa pada ketua pengarah menggunakan mana-mana dan apa-apa tindakan yang dia fikirkan perlu atas apa? Macam mana dia boleh datang kepada satu keputusan tu, based on perubatan?,” kata Dr Roland kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mengapa beliau dilihat seakan-akan memberikan reaksi yang negatif di atas tindakan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan akta itu.
  • Ia susulan beliau menerusi klip video di TikTok mengatakan rakyat dan semua doktor Malaysia kalah teruk ekoran pindaan tersebut diluluskan.
  • Mengulas isu sama, bekas Pakar Psikologi klinikal di PPC Worldwide Canberra, Dr Rizal Abu Bakar turut berdukacita dan meluahkan rasa kecewa dengan pindaan akta tersebut yang meluluskan pemberian kuasa tanpa batasan.

KUALA LUMPUR — Seorang doktor perubatan meluahkan kebimbangan  berkaitan kuasa yang diberikan kepada pegawai, termasuk menggunakan kekerasan, menerusi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang diluluskan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Doktor perubatan di The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor berkata beliau bersama rakan perubatan lain tidak menentang pindaan akta itu kerana ia sememangnya perlu dipinda, namun antara kebimbangan mereka adalah berkenaan kuasa diberikan kepada pegawai dan ketua pengarah.

Beliau berkata kuasa itu tidak boleh dipusatkan kepada satu individu sahaja kerana ia berpotensi menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.

“Kuasa untuk menggunakan kekerasan tu, apa definisi dia untuk menggunakan kekerasan, macam mana? And then another one more thing, kuasa pada ketua pengarah menggunakan mana-mana dan apa-apa tindakan yang dia fikirkan perlu atas apa? Macam mana dia boleh datang kepada satu keputusan tu, based on perubatan?,” kata Dr Roland kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mengapa beliau dilihat seakan-akan memberikan reaksi yang negatif di atas tindakan Dewan Rakyat yang meluluskan Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ia susulan beliau menerusi klip video di TikTok mengatakan rakyat dan semua doktor Malaysia kalah teruk ekoran pindaan tersebut diluluskan.

Foto dimuat naik Dr Roland di TikTok.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut melahirkan kebimbangan berhubung cadangan pindaan akta terbabit dan menggesa kerajaan membuat semakan menyeluruh terlebih dahulu.

Antara kebimbangan utama disuarakan adalah mengenai cadangan kenaikan denda kepada RM5,000 untuk individu yang disifatkan berlebihan dan boleh menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah secara tidak seimbang.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz turut menyuarakan kebimbangan mengenai potensi penyalahgunaan kuasa di mana pindaan itu memberikan kuasa kepada pegawai termasuk dengan menggunakan kekerasan.

Kebimbangan sama disuarakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengatakan antara pindaan utama dilihat sangat tidak relevan ialah berkaitan kuasa pegawai.

Beliau berkata Seksyen 14A memperuntukkan klausa itu memberi kuasa kepada pegawai menggunakan kekerasan bagi memastikan perintahnya dipatuhi walaupun hanya dengan syak sahaja. 

Dalam pada itu, Roland meluahkan rasa pelik apabila pindaan akta tersebut diluluskan walaupun dulu ia berdepan bantahan keras pihak pembangkang yang kini menjadi kerajaan.

Beliau berkata apa yang lebih mengecewakan apabila pindaan itu diluluskan dengan hanya suara minoriti di Parlimen sedangkan sebelum ini ia berdepan banyak bantahan dan sudah lima kali cuba dipinda.

“Rasa peliklah kenapa orang-orang (pihak pembangkang yang dulu) yang menentang akta ni pada awalnya tiba-tiba sekarang ni menyokong akta ini pula,” katanya.

Foto dimuat naik Dr Rizal Abu Bakar di Facebook.

Mengulas isu sama, bekas Pakar Psikologi klinikal di PPC Worldwide Canberra, Dr Rizal Abu Bakar turut berdukacita dan meluahkan rasa kecewa dengan pindaan akta tersebut yang meluluskan pemberian kuasa tanpa batasan.

“Berdukacita. Sangat frust. Dengan lulusnya kuasa tanpa batasan ini.

Disaster in the making bila Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 diluluskan di dewan rakyat.

“Bila dengar 23 MP (Ahli Parlimen) berbahas, alahai. Siapa yang mereka wakili? Rakyat Malaysia ke? Alahai. Boleh baca sendiri apa maksud ‘Arahan Ketua Pengarah’ tu. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan cara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *