Terkini
Tujuh syarat ditetapkan untuk terima peruntukan Kerajaan Madani
Sokongan kepada Kerajaan Madani sehingga akhir penggal Parlimen ke-15 antara tujuh syarat perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya mereka mahu menerima peruntukan daripada kerajaan sepertimana dituntut selama ini.
- Sokongan kepada Kerajaan Madani sehingga akhir penggal Parlimen ke-15 antara tujuh syarat perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang jika mereka mahu menerima peruntukan daripada kerajaan sepertimana dituntut selama ini.
- Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata semua syarat itu digariskan di bawah draf Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu.
- Takiyuddin berkata PN masih berbincang berkaitan syarat terbabit dan akan membuat keputusan berkaitannya bulan ini.
- “Antara tujuh kandungan, obligasi dan syarat yang perlu dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, termasuk berkaitan isu agama, kaum dan raja (3R).
- “Malah ada sebut pengisytiharan harta. Kita pun tak faham kenapa Ahli Parlimen bukan kerajaan kena isytihar harta. Sedangkan ia hanya perlu membabitkan anggota pentadbiran kerajaan sahaja, seperti timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.
KUALA LUMPUR – Sokongan kepada Kerajaan Madani sehingga akhir penggal Parlimen ke-15 antara tujuh syarat perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya mereka mahu menerima peruntukan daripada kerajaan sepertimana dituntut selama ini.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata semua syarat itu digariskan di bawah draf Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu.
Takiyuddin berkata PN masih berbincang berkaitan syarat terbabit dan akan membuat keputusan berkaitannya bulan ini.
“Antara tujuh kandungan, obligasi dan syarat yang perlu dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, termasuk berkaitan isu agama, kaum dan raja (3R).
“Malah ada sebut pengisytiharan harta. Kita pun tak faham kenapa Ahli Parlimen bukan kerajaan kena isytihar harta. Sedangkan ia hanya perlu membabitkan anggota pentadbiran kerajaan sahaja, seperti timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat SG4, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Eksekutif SG4 menjelaskan perkara itu ketika mengulas sama ada PN sudah membincangkan MoU membabitkan peruntukan Ahli Parlimen dari blok pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan masih belum menerima maklum balas daripada pembangkang berkaitan draf MoU penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. – The Merdeka Times