Connect with us

Antarabangsa

Australia bakal tetapkan had umur minimum media sosial

Australia merancang untuk menetapkan had umur minimum bagi penggunaan media sosial kanak-kanak dengan alasan kebimbangan terhadap kesihatan mental dan fizikal kumpulan berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia merancang untuk menetapkan had umur minimum bagi penggunaan media sosial  kanak-kanak dengan alasan kebimbangan terhadap kesihatan mental dan fizikal kumpulan berkenaan.
  • Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan pimpinannya akan menjalankan ujian pengesahan umur sebelum memperkenalkan undang-undang had umur minimum untuk media sosial tahun ini.
  • Albanese tidak menyatakan mana-mana umur secara jelas tetapi berkata ia mungkin di antara umur 14 dan 16 tahun.
  • “Saya mahu melihat kanak-kanak meninggalkan peranti mereka dan beralih ke padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang tenis.
  • “Kita mahu mereka menjalankan pengalaman sebenar dengan orang sebenar kerana kami tahu bahawa media sosial sedang menyebabkan kerosakan sosial,” kata Albanese kepada Australian Broadcasting Corp dipetik Channel News Asia.
  • Undang-undang itu akan meletakkan Australia antara negara pertama di dunia yang mengenakan had umur untuk penggunaan media sosial.
  • Percubaan sebelum ini termasuk oleh Kesatuan Eropah (EU) gagal berikutan aduan pengurangan hak dalam talian golongan bawah umur.

Australia merancang untuk menetapkan had umur minimum bagi penggunaan media sosial  kanak-kanak dengan alasan kebimbangan terhadap kesihatan mental dan fizikal kumpulan berkenaan.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan pimpinannya akan menjalankan ujian pengesahan umur sebelum memperkenalkan undang-undang had umur minimum untuk media sosial tahun ini.

Albanese tidak menyatakan mana-mana umur secara jelas tetapi berkata ia mungkin di antara umur 14 dan 16 tahun.

“Saya mahu melihat kanak-kanak meninggalkan peranti mereka dan beralih ke padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang tenis.

“Kita mahu mereka menjalankan pengalaman sebenar dengan orang sebenar kerana kami tahu bahawa media sosial sedang menyebabkan kerosakan sosial,” kata Albanese kepada Australian Broadcasting Corp dipetik Channel News Asia.

Undang-undang itu akan meletakkan Australia antara negara pertama di dunia yang mengenakan had umur untuk penggunaan media sosial.

Percubaan sebelum ini termasuk oleh Kesatuan Eropah (EU) gagal berikutan aduan pengurangan hak dalam talian golongan bawah umur.

Wakil Meta iaitu pemilik Facebook dan Instagram, Alphabet pemilik kepada YouTube dan TikTok tidak segera memberikan maklum balas dalam isu ini.

Australia merupakan salah satu populasi dalam talian terbesar di dunia dengan lebih empat per lima daripada 26 juta penduduknya menggunakan media sosial, menurut rekod angka dapatan kerajaan dan industri teknologi.

Albanese mengumumkan rancangan had umur itu di tengah-tengah siasatan parlimen mengenai kesan media sosial terhadap masyarakat yang mendengar pengakuan emosional mengenai kesan kesihatan mental buruk terhadap remaja. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *