Terkini
(VIDEO) Media sosial, telefon pintar punca anak-anak terlibat ‘bisnes’ seks di sekolah
Majoriti ibu bapa berpendapat kebebasan menggunakan media sosial dan telefon pintar secara melampau punca berlakunya kes mengejutkan seorang murid lelaki menjalankan ‘bisnes’ khidmat seks seperti ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) di sekolah.
- Majoriti ibu bapa berpendapat kebebasan menggunakan media sosial dan telefon pintar secara melampau punca berlakunya kes mengejutkan seorang murid lelaki menjalankan ‘bisnes’ khidmat seks seperti ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) di sekolah.
- Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) dengan ibu bapa pelbagai bangsa yang ditemui di Wangsa Maju hari ini ekoran pendedahan kes itu oleh seorang penceramah bebas.
- Susulan itu, mereka menegaskan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan menghadkan dan memantau rapat penggunaan media sosial dan telefon anak masing-masing.
- Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, Azami Shah yang mempunyai empat orang anak masih bersekolah berkata ini kali pertama beliau mendengar isu sedemikian dan ia jelas satu permasalahan yang teruk.
- “Teruk sangat itu (isu murid tawar khidmat seks) mak ayah kena pantau betul-betul, (begitu juga) cikgu di sekolah,” katanya ketika ditemui di sebuah sekolah rendah di sini hari ini.
- “Berkenaan isu ini memang rasa takut… dulu kalau ikutkan masa (zaman) kita semua tak ada perkara macam ini berlaku sekarang bila dengar macam ini memang takut sebab dia cepat sangat influence budak-budak sekarang ini,” kata seorang suri rumah berbangsa India, Kogila.
- TMT hari ini melaporkan seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri yang menawarkan khidmat seks ‘BJ’ dengan harga RM10.
- Mohd Fadhli Othman berkata ‘bisnes’ itu berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.
KUALA LUMPUR — Majoriti ibu bapa berpendapat kebebasan menggunakan media sosial dan telefon pintar secara melampau punca berlakunya kes mengejutkan seorang murid lelaki menjalankan ‘bisnes’ khidmat seks seperti ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) di sekolah.
Ini berdasarkan tinjauan The Merdeka Times (TMT) dengan ibu bapa pelbagai bangsa yang ditemui di Wangsa Maju hari ini ekoran pendedahan kes itu oleh seorang penceramah bebas.
Susulan itu, mereka menegaskan pihak ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan menghadkan dan memantau rapat penggunaan media sosial dan telefon anak masing-masing.
Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, Azami Shah yang mempunyai empat orang anak masih bersekolah berkata ini kali pertama beliau mendengar isu sedemikian dan ia jelas satu permasalahan yang teruk.
“Teruk sangat itu (isu murid tawar khidmat seks) mak ayah kena pantau betul-betul, (begitu juga) cikgu di sekolah.
“Punca itu daripada telefon, kebanyakkan daripada media sosial… Buat penapisan dalam telefon dengan lebih teliti.
“Macam gajet-gajet yang budak-budak main itu kadang-kadang media sosial ini dia ada selit-selit benda macam itu (kandungan berunsur seksual) dia tak ketat sangat kawalan dia itu… kandungan seksual perlu disekat,” katanya ketika ditemui di sebuah sekolah rendah di sini hari ini.
Pandangan sama turut disuarakan peniaga, Malinda Zulkifli, 49, yang meluahkan rasa sedih, kecewa dan tidak menyangka isu sedemikian boleh berlaku di peringkat budak sekolah rendah.
Malinda merasakan telefon adalah punca utama mengapa anak-anak boleh terlibat dalam ‘perniagaan’ tawar khidmat seks tersebut, justeru beliau berkata ibu bapa perlu melakukan pemantauan dari peringkat awal lagi untuk mengelakkan berlaku perkara tidak elok.
Beliau juga berpandangan ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari peringkat awal tentang cara pergaulan yang betul supaya mereka tidak terjebak dalam pergaulan bebas.
“First time tahu kes macam ini terperanjat jugalah tidak pernah terjadi lagi, ini kali pertama dengar berita yang kira teruk sangatlah.
“Memang sedih, kecewa, pastu tak sangka perkara ini boleh berlaku pada peringkat budak sekolah rendah pulak itu,” kata Malinda.
Suri rumah berbangsa India, Kogila pula berkata beliau tidak pernah mendengar isu sedemikian secara langsung kerana sebelum ini hanya mengetahui ada pelajar terlibat dalam kegiatan seperti itu di media sosial.
Bagaimanapun, ia bukan spesifik berkaitan kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri didakwa menawarkan khidmat seks ‘BJ’ dengan harga RM10.
“Berkenaan isu ini memang rasa takut… dulu kalau ikutkan masa (zaman) kita semua tak ada perkara macam ini berlaku sekarang bila dengar macam ini memang takut sebab dia cepat sangat influence budak-budak sekarang ini,” kata Kogila yang mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dan bersekolah di sekolah kebangsaan.
Dalam pada itu, seorang lelaki berbangsa Cina, Tan Poh Teng, 70-an berkata ini kali pertama juga beliau mendengar kes sedemikian berlaku di sekolah.
Poh Teng berpandangan isu sedemikian berlaku disebabkan ekonomi semakin teruk dan ia membabitkan anak-anak dari keluarga miskin yang menginginkan wang untuk makan.
“RM10 boleh tolong (beli) banyak barang jangan (anggap) RM10 kecil tapi sekarang dunia duit pun kecil, RM10 boleh beri roti untuk semua buat satu kali makan lima orang.
“Pelik juga (perbuatan murid tawar khidmat seks hisap kemaluan) tapi kerajaan macam mana boleh tolong? Tidak boleh buat apa,” katanya ketika ditanya sama ada perbuatan murid itu satu tindakan pelik apabila beliau dilihat seakan-akan membenarkan tindakan itu dilakukan kerana masalah kemiskinan.
TMT hari ini melaporkan seorang penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan mendakwa terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri yang menawarkan khidmat seks ‘BJ’ dengan harga RM10.
Mohd Fadhli Othman berkata ‘bisnes’ itu berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/