Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Lelaki UK ludah pemandu bas Muslim

Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki melontarkan kata-kata kesat berbaur Islamofobia dan meludah ke arah pemandu bas Muslim di kota London.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video seorang lelaki Islamofobia meludah ke arah pemandu bas Muslim di kota London.

Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki melontarkan kata-kata kesat berbaur Islamofobia dan meludah ke arah pemandu bas Muslim di kota London.

Organisasi Documenting Oppression Against Muslims (DOAM) berkongsi video itu pada Khamis di Instagram, menggambarkan insiden “seorang samseng perkauman menganiaya pemandu Muslim di London”.

Dalam video itu, lelaki berkenaan berulang kali menjerit “pengganas Muslim” kepada pemandu bas terbabit sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Beliau juga mendesak pemandu Muslim itu keluar dari bas sambil dilihat meludah dan memukul panel perlindungan lutsinar bas tersebut.

Insiden itu berlaku ketika United Kingdom (UK) bergolak selama beberapa hari dengan insiden rusuhan ganas kumpulan sayap kanan dengan carutan perkauman dan Islamofobia yang menyasarkan Muslim, kumpulan minoriti dan pendatang di negara itu.

Rusuhan itu tercetus ekoran penyebaran dakwaan palsu secara dalam talian bahawa suspek yang ditahan atas kes pembunuhan tiga kanak-kanak di Southport pada 29 Julai lalu adalah seorang pencari suaka beragama Islam.

Pihak berkuasa UK mengenal pasti penyerang itu sebagai Axel Rudakubana, seorang remaja 17 tahun dilahirkan di Cardiff kepada ibu dan bapa yang beragama Kristian dari Rwanda, tetapi fakta itu tidak menghentikan kumpulan perusuh sayap kanan terbabit.

Setakat semalam, seramai 483 orang ditangkap, manakala 149 pertuduhan difailkan berkaitan rusuhan di bandar dan pekan di seluruh England. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *