Terkini
(VIDEO) Kerjasama MAHB dengan GIP-BlackRock beri kebaikan untuk rakyat, ekonomi negara – Young Syefura
Keputusan kerajaan menjalankan kerjasama antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan syarikat Global Infrastructure Partners (GIP)-BlackRock bertujuan membantu membangunkan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sangat terkebelakang dan memerlukan dana besar untuk penambahbaikan.
- Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman berkata beliau percaya keputusan dibuat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (menjual sebahagian pegangan saham MAHB kepada GIP-BlackRock) itu memberikan kebaikan kepada rakyat atau ekonomi negara.
- “Saya kira penjelasan telah dibuat dengan jelas oleh pihak kerajaan kenapa kita memerlukan satu entiti daripada luar untuk membantu membangunkan semula KLIA kerana kalau kita lihat airport kita sangat terkebelakang dan banyak perlu ditambah dana yang besar diperlukan.
- “Penjelasan itu sangat jelas bahawa BlackRock itu adalah hanya satu entiti company yang berada di belakang, yang paling penting pengurusannya dan siapa mengurus dan sebagainya.
- “Jadi saya percaya dengan kepimpinan perdana menteri bahawa apa keputusan dibuat itu memberikan kebaikan sama ada kepada rakyat ataupun ekonomi negara itu yang paling penting,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil KL malam tadi.
- Young Syefura berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pendirian Kerajaan Madani untuk menjalankan kerjasama di antara MAHB dan GIP-BlackRock adalah pilihan terbaik ketika ini.
KUALA LUMPUR — Keputusan kerajaan menjalankan kerjasama antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan syarikat Global Infrastructure Partners (GIP)-BlackRock bertujuan membantu membangunkan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sangat terkebelakang dan memerlukan dana besar untuk penambahbaikan.
Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman berkata beliau percaya keputusan dibuat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (menjual sebahagian pegangan saham MAHB kepada GIP-BlackRock) itu memberikan kebaikan kepada rakyat atau ekonomi negara.
Young Syefura menegaskan adalah perbuatan tidak sihat sekiranya setiap perkara dilakukan kerajaan demi masa depan negara dijadikan sebagai mainan isu politik.
“Saya kira penjelasan telah dibuat dengan jelas oleh pihak kerajaan kenapa kita memerlukan satu entiti daripada luar untuk membantu membangunkan semula KLIA kerana kalau kita lihat airport kita sangat terkebelakang dan banyak perlu ditambah dana yang besar diperlukan.
“Penjelasan itu sangat jelas bahawa BlackRock itu adalah hanya satu entiti company yang berada di belakang, yang paling penting pengurusannya dan siapa mengurus dan sebagainya.
“Jadi saya percaya dengan kepimpinan perdana menteri bahawa apa keputusan dibuat itu memberikan kebaikan sama ada kepada rakyat ataupun ekonomi negara itu yang paling penting,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam tadi.
Young Syefura berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pendirian Kerajaan Madani untuk menjalankan kerjasama di antara MAHB dan GIP-BlackRock adalah pilihan terbaik ketika ini.
Ia soalan susulan selepas beliau menjawab pertanyaan berkenaan solidariti Kerajaan Malysia buat Palestin, namun pada masa sama menjalankan kerjasama di antara MAHB dan GIP-BlackRock hingga wujud gesaan dan kritikan beberapa Ahli Parlimen, termasuk MP PKR, Hassan Karim, yang menuntut Kerajaan Madani membatalkan kerjasama itu ekoran kematian pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Palestin, Ismail Haniyeh.
Kontroversi berkaitan penstrukturan semula MAHB tercetus ekoran GIP merupakan sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis, BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
PAS sebelum ini dilaporkan menyifatkan adalah tercela dan tidak bermaruah sekiranya Kerajaan Madani masih meneruskan cadangan usahasama berkenaan ekoran pembunuhan Haniyeh.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sebarang usahasama sedemikian perlu dihentikan memandangkan BlackRock secara jelas terlibat dalam pembiayaan dan persenjataan kepada rejim haram zionis Israel bagi melakukan pembunuhan, genosid dan jenayah perang yang terkutuk terhadap rakyat Palestin.
Turut berkongsikan pandangan sama, Hassan Karim berkata Malaysia wajib menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti berkait rapat rejim zionis Israel seperti BlackRock.
Beliau berkata ia sebagai simbol solidariti untuk ribuan rakyat dan pejuang-pejuang Palestin yang terkorban dibom dan diserang rejim zionis Israel.
Mengulas lanjut, Young Syefura berkata isu berkaitan BlackRock adalah sangat luas kerana syarikat terbabit sudah lama berada di negara ini dan ada di mana-mana.
“Namun apa yang penting adalah kita kena tengok juga pada ruang isu ekonomi kita, kepada kerjasama yang lain, dengan negara-negara lain dan tentang apa kepentingan negara juga.
“Tapi dalam masa sama juga sokongan dan apa yang kerajaan tekankan kepada isu Israel ini tidak pernah berhenti pun.
“Dan bagi saya apa yang terbaik datang daripada pimpinan Perdana Menteri kita PMX dan juga menteri kabinet mereka telah memikirkan yang terbaik untuk negara dan dalam masa sama memikirkan tentang rakyatnya juga,” kata Young Sefura. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram