Connect with us

Terkini

‘Kalau saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul dengan bahasa kebangsaan mereka, apa masalah kita?’ – Apek Cina

Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Tai Zee How.
  • Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How mengulas tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang dilaporkan membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina berkata bantahan dikemukakan pihak itu kerana mereka kurang berkeyakinan dengan tahap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.
  • Apek Cina berkata sedangkan pelajar Jepun, China dan Korea, iaitu negara yang canggih dalam bidang Sains dan Matematik di benua Asia, pun diajar menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, namun saintis mereka tetap berada dalam kedudukan yang unggul.
  • “Kalau Saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul, dengan bahasa kebangsaan mereka, apakah masalah kita? 
  • “Perihal isu ini, pihak berkenaan sepatutnya membuat seruan agar Bahasa Kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu diperkasakan di semua peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘11 PIBG SMJK, SMC di Pulau Pinang bantah pelaksanaan satu kelas guna BM sebagai bahasa pengantar’.

KUALA LUMPUR — Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How.

Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina berkata demikian mengulas tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang dilaporkan membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Katanya, bantahan dikemukakan pihak itu kerana mereka kurang berkeyakinan dengan tahap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.

Apek Cina berkata sedangkan pelajar Jepun, China dan Korea, iaitu negara yang canggih dalam bidang Sains dan Matematik di benua Asia, pun diajar menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, namun saintis mereka tetap dalam kedudukan yang unggul.

“Kalau Saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul, dengan bahasa kebangsaan mereka, apakah masalah kita? 

“Saya berpendapat, bantahan ini berasal daripada sesetengah pihak yang kurang berkeyakinan terhadap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.

“Perihal isu ini, pihak berkenaan sepatutnya membuat seruan agar bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu diperkasakan di semua peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘11 PIBG SMJK, SMC di Pulau Pinang bantah pelaksanaan satu kelas guna BM sebagai bahasa pengantar’.

Antara kandungan artikel itu adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP (Program Dwibahasa) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.

Ini kerana ia didakwa menyebabkan percanggahan besar di dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu dan juga menimbulkan masalah tidak perlu kepada pentadbiran sekolah hingga menyebabkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, Apek Cina berkata ketika zaman beliau, Sains dan Matematik kebanyakan diajarkan dalam Bahasa Melayu, namun tetap juga ramai pelajar yang unggul dan mendapat tawaran menyambung pelajaran di Cambridge, Oxford, NUS, TsingHua, Tokyo University, Princeton dan sebagainya.

Katanya, ini bermaksud universiti unggul di dunia pun mengiktiraf Sains dan Matematik yang diajarkan menggunakan bahasa bukan Inggeris.

“Kesimpulan saya, perkasakan Bahasa Melayu dahulu. Ini tanah airmu!,” katanya.

Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad mengkritik DLP dengan berpendapat tidak sepatutnya ketetapan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewenang-wenangnya dijadikan pilihan kerana bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah di bawah Akta Pendidikan dan wajib semua warga Malaysia hormati dan kuasai bahasa kebangsaan.

Anuar berkata kerana itu beliau dari awal menegaskan pelaksanaan DLP telah menghina Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996, bagaimanapun tiada yang peduli malah tetap meneruskan DLP hingga hari ini.

“Sekarang dah nampakkan, ‘DLP dah mula makan tuan’,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending