Terkini
‘Kalau saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul dengan bahasa kebangsaan mereka, apa masalah kita?’ – Apek Cina
Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How.
- Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How mengulas tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang dilaporkan membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
- Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina berkata bantahan dikemukakan pihak itu kerana mereka kurang berkeyakinan dengan tahap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.
- Apek Cina berkata sedangkan pelajar Jepun, China dan Korea, iaitu negara yang canggih dalam bidang Sains dan Matematik di benua Asia, pun diajar menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, namun saintis mereka tetap berada dalam kedudukan yang unggul.
- “Kalau Saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul, dengan bahasa kebangsaan mereka, apakah masalah kita?
- “Perihal isu ini, pihak berkenaan sepatutnya membuat seruan agar Bahasa Kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu diperkasakan di semua peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘11 PIBG SMJK, SMC di Pulau Pinang bantah pelaksanaan satu kelas guna BM sebagai bahasa pengantar’.
KUALA LUMPUR — Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa Sains dan Matematik zaman sekarang, kata peguam, Tai Zee How.
Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina berkata demikian mengulas tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang dilaporkan membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Katanya, bantahan dikemukakan pihak itu kerana mereka kurang berkeyakinan dengan tahap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.
Apek Cina berkata sedangkan pelajar Jepun, China dan Korea, iaitu negara yang canggih dalam bidang Sains dan Matematik di benua Asia, pun diajar menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, namun saintis mereka tetap dalam kedudukan yang unggul.
“Kalau Saintis di China, Jepun & Korea boleh unggul, dengan bahasa kebangsaan mereka, apakah masalah kita?
“Saya berpendapat, bantahan ini berasal daripada sesetengah pihak yang kurang berkeyakinan terhadap penguasaan bahasa kebangsaan anak-anak mereka.
“Perihal isu ini, pihak berkenaan sepatutnya membuat seruan agar bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu diperkasakan di semua peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘11 PIBG SMJK, SMC di Pulau Pinang bantah pelaksanaan satu kelas guna BM sebagai bahasa pengantar’.
Antara kandungan artikel itu adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP (Program Dwibahasa) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.
Ini kerana ia didakwa menyebabkan percanggahan besar di dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu dan juga menimbulkan masalah tidak perlu kepada pentadbiran sekolah hingga menyebabkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.
Mengulas lanjut, Apek Cina berkata ketika zaman beliau, Sains dan Matematik kebanyakan diajarkan dalam Bahasa Melayu, namun tetap juga ramai pelajar yang unggul dan mendapat tawaran menyambung pelajaran di Cambridge, Oxford, NUS, TsingHua, Tokyo University, Princeton dan sebagainya.
Katanya, ini bermaksud universiti unggul di dunia pun mengiktiraf Sains dan Matematik yang diajarkan menggunakan bahasa bukan Inggeris.
“Kesimpulan saya, perkasakan Bahasa Melayu dahulu. Ini tanah airmu!,” katanya.
Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad mengkritik DLP dengan berpendapat tidak sepatutnya ketetapan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewenang-wenangnya dijadikan pilihan kerana bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah di bawah Akta Pendidikan dan wajib semua warga Malaysia hormati dan kuasai bahasa kebangsaan.
Anuar berkata kerana itu beliau dari awal menegaskan pelaksanaan DLP telah menghina Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996, bagaimanapun tiada yang peduli malah tetap meneruskan DLP hingga hari ini.
“Sekarang dah nampakkan, ‘DLP dah mula makan tuan’,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis. — The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times