Terkini
Bahasa Melayu tidak patut jadi bahasa pengantar pilihan, DLP dah jadi dasar ‘makan tuan’
Bukan salah mana-mana sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memilih untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik anak mereka kerana perkara itu telah dipersetujui dalam Program Dwibahasa (DLP) yang merupakan kesilapan besar dilakukan penggubal DLP, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
- Bukan salah mana-mana sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memilih untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik anak mereka kerana perkara itu telah dipersetujui dalam Program Dwibahasa (DLP) yang merupakan kesilapan besar dilakukan penggubal DLP, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
- Anuar berkata beliau berkali-kali mengingatkan sejak 2016 bahawa DLP antara agenda pendidikan paling buruk dalam sejarah pendidikan negara dan menjangkakannya akan ‘memakan tuan’ suatu masa nanti.
- Ini kerana mengikut aturan pelaksanaan DLP, pihak sekolah dan ibu bapa diberikan sepenuhnya pilihan sama ada ingin menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik untuk anak-anak mereka di sekolah yang menjadi ketetapan hitam putih diumumkan KPM.
- Menurut Anuar tidak sepatutnya ketetapan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewenang-wenangnya dijadikan pilihan kerana bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah di bawah Akta Pendidikan dan wajib semua warga Malaysia hormati dan kuasai bahasa Kebangsaan.
- “Sebab itu saya tegaskan sejak awal lagi, pelaksanaan DLP telah menghina Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
- “Tapi tiada yang peduli. Malah diteruskan juga DLP hingga hari ini.
- “Sekarang dah nampakkan, ‘DLP dah mula makan tuan’,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
KUALA LUMPUR — Bukan salah mana-mana sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memilih untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik anak mereka kerana perkara itu telah dipersetujui dalam Program Dwibahasa (DLP) yang merupakan kesilapan besar dilakukan penggubal DLP, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
Anuar berkata beliau berkali-kali mengingatkan sejak 2016 bahawa DLP antara agenda pendidikan paling buruk dalam sejarah pendidikan negara dan menjangkakannya akan ‘memakan tuan’ suatu masa nanti.
Ini kerana mengikut aturan pelaksanaan DLP, pihak sekolah dan ibu bapa diberikan sepenuhnya pilihan sama ada ingin menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik untuk anak-anak mereka di sekolah yang menjadi ketetapan hitam putih diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Sedangkan, menurut Anuar tidak sepatutnya ketetapan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewenang-wenangnya dijadikan pilihan kerana bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah di bawah Akta Pendidikan dan wajib semua warga Malaysia hormati dan kuasai bahasa Kebangsaan.
“Sebab itu saya tegaskan sejak awal lagi, pelaksanaan DLP telah menghina Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
“Tapi tiada yang peduli. Malah diteruskan juga DLP hingga hari ini.
“Sekarang dah nampakkan, ‘DLP dah mula makan tuan’,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.
Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, beliau sudah lama sedar dan pasti bahawa akan berlaku situasi di mana ada ibu bapa menolak penggunaan Bahasa Melayu dan semestinya mereka menginginkan terbaik buat anak mereka.
“Bayangkan, jika anak-anak memang lemah Bahasa Melayu, tiada sebab ibu bapa mahu anak-anak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.
“Merudumlah prestasi anak-anak nanti. Memang logiklah fikiran ibu bapa.
“Tetapi logik ibu bapa tidak semestinya sama dengan logik membina negara dan perpaduan bangsa,” katanya.
Anuar berkata peristiwa penolakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pernah berlaku pada 1950, 1953, 1959 dan 1961 yang menjadi antara sebab mengapa kita masih gagal membina satu Bangsa Malaysia yang benar-benar tulen hingga hari ini.
Terdahulu, Lembaga Sekolah dan PIBG daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang dilaporkan membantah keras pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Sekolah separuh kerajaan jenis Cina terbabit mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.
“Kami, wakil Lembaga Sekolah dan 11 PIBG sekolah di Pulau Pinang, ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelaksanaan paksa sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam semua SMJK dan SMC di Pulau Pinang.
“Ia menyebabkan percanggahan besar di dalam kalangan ibu bapa yang menentang keras dasar itu. Ia juga menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada pentadbiran sekolah.
“Akibatnya, ia menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar