Connect with us

Terkini

DLP perlekeh kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan – Penyelidik Pendidikan

Program Dwibahasa (DLP) dimulakan pada 2016 disifatkan sebagai satu usaha ‘pelekehan’ atau ‘menghina’ kedudukan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.

Hidayah Sani

Published

on

DLP perlekeh kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan – Penyelidik Pendidikan
Foto: Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • Program Dwibahasa (DLP) dimulakan pada 2016 disifatkan sebagai satu usaha ‘pelekehan’ atau ‘menghina’ kedudukan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kedudukan bahasa Melayu turut terkandung dalam Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.
  • Beliau menyeru kepimpinan sistem pendidikan negara kembali kepada teras asal pendidikan iaitu memastikan dan mempertahankan antaranya tanpa kompromi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  • “Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk dikuasai. Maka usaha memperkasa dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Inggeris,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Beliau mengulas laporan media mengatakan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ada murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

KUALA LUMPUR Program Dwibahasa (DLP) dimulakan pada 2016 disifatkan sebagai satu usaha ‘pelekehan’ atau ‘menghina’ kedudukan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.

Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kedudukan bahasa Melayu turut terkandung dalam Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Beliau menyeru kepimpinan sistem pendidikan negara kembali kepada teras asal pendidikan iaitu memastikan dan mempertahankan antaranya tanpa kompromi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

“Pada masa sama, menerima persefahaman berkaitan penggunaan bahasa ibunda di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK).

“Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk dikuasai. Maka usaha memperkasa dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Inggeris. 

“Lantik lebih ramai guru bahasa Inggeris, tambah masa pengajaran, perbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris di sekolah, tingkatkan penganjuran bengkel, kem dan aktiviti ko-kurikulum menggunakan bahasa Inggeris di sekolah, sediakan makmal bahasa Inggeris, tambah bilangan program guru penutur asal (native speaker) Bahasa Inggeris di sekolah etc,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau mengulas laporan media mengatakan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ada murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan menegaskan sekolah yang bersetuju melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi, termasuk penguasaan bahasa Melayu.

Fadhlina berkata pelaksanaan DLP sebahagian daripada dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI).

Mengulas lanjut, Anuar berkata kepimpinan sistem pendidikan negara perlu mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam kelas Bahasa Melayu.

“Janganlah lagi hendaknya di masa depan ada lagi usaha untuk ‘memperlecehkan’ bahasa Melayu yang jelas kedudukannya di dalam Perlembagaan, Akta dan Dasar Pendidikan negara sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sistem pendidikan negara,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Anuar Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending