Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak timbul isu kelewatan menaik taraf sekolah daif di Malaysia susulan usaha itu dilaksanakan berdasarkan giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menafikan dia berpakat dengan Firdaus Wong Wai Hung untuk menjatuhkan pendakwah tersebut.
Parlimen Jerman mengundi untuk menghapuskan pemilikan bahan penderaan seksual kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah.
GiatMARA memberikan ‘peluang kedua’ kepada bumiputera untuk melanjutkan pengajian di 232 cawangannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) walaupun tidak mempunyai Sijil Pelajaran...
Sebarang polisi kerajaan yang menafikan penyediaan geran khusus untuk usahawan bumiputera dilaksanakan sebelum ini adalah tindakan bertentangan Perkara 153(2) Perlembagaan Persekutuan, demikian kata Pengasas Sukarelawan Rakan...
Mengiktiraf negara Palestin umpama memberi ganjaran kepada Hamas untuk serangan 7 Oktober lalu, kata Benjamin Netanyahu.
Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei depan.
Jemaah Menteri pada Selasa bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa birokrasi di Kementerian Pendidikan (KPM) dihapuskan susulan terdapat 14 sekolah daif di Johor...
Meta, pemilik Facebook dan Instagram, meluluskan iklan politik dimanipulasi AI yang menghasut keganasan dan penyebaran maklumat salah semasa pilihan raya India, demikian menurut laporan dikongsi kepada...