Connect with us

Terkini

GiatMARA tawar ‘peluang kedua’ buat anak bumiputera tiada SPM

GiatMARA memberikan ‘peluang kedua’ kepada bumiputera untuk melanjutkan pengajian di 232 cawangannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) walaupun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • GiatMARA memberikan ‘peluang kedua’ kepada bumiputera untuk melanjutkan pengajian di 232 cawangannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) walaupun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu di Facebook beliau pada Isnin dan mendapat maklum balas positif daripada rata-rata pelayar media sosial.
  • Asyraf Wajdi berkata dari GiatMARA, kelompok anak bumiputera itu boleh menyambung pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM), kemudiannya Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan UniKL.
  • “Belajar di GiatMara percuma dan dapat elaun bulanan lagi,” katanya di ruangan komen hantaran beliau di Facebook.
  • Asyraf Wajid berkata MARA dan Kementerian Pendidikan akan bekerjasama memperkasakan agenda menjadikan TVET sebagai pilihan pertama kerjaya untuk anak muda.
  • Ia juga bagi membolehkan anak muda mendapat gaji premium dalam bidang TVET sebagaimana hasrat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR — GiatMARA memberikan ‘peluang kedua’ kepada bumiputera untuk melanjutkan pengajian di 232 cawangannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) walaupun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu di Facebook beliau pada Isnin dan mendapat maklum balas positif daripada rata-rata pelayar media sosial.

Asyraf Wajdi berkata dari GiatMARA, kelompok anak bumiputera itu boleh menyambung pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM), kemudiannya Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan UniKL.

                                                Foto: Tangkap layar komen netizen di hantaran Facebook Asyraf Wajdi

“Belajar di GiatMara percuma dan dapat elaun bulanan lagi.

“Untuk pelajar Tahfiz, GiatMARA juga ada program khas bagi mempersiapkan mereka dengan ilmu-ilmu kemahiran dan TVET yang relevan dengan keperluan zaman dan industri, insyaAllah,” katanya di ruangan komen hantaran beliau di Facebook.

                                                       Foto: Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook

Dalam hantaran berbeza, Asyraf Wajid berkata MARA dan Kementerian Pendidikan akan bekerjasama memperkasakan agenda menjadikan TVET sebagai pilihan pertama kerjaya untuk anak muda.

Beliau berkata ia juga bagi membolehkan anak muda mendapat gaji premium dalam bidang TVET sebagaimana hasrat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya bertekad untuk meminimumkan anak-anak bumiputera dan Melayu daripada tercicir daripada arus perdana pendidikan dengan pelbagai program TVET berteknologi tinggi. 

“Malah di bawah GiatMARA yang ada 232 cawangan seluruh Malaysia, pelajar yang tiada sijil SPM atau gagal SPM pun diberi peluang kedua, InsyaAllah,” katanya.

Media tempatan pada 2023 melaporkan masyarakat perlu mengikis stigma bahawa TVET adalah pendidikan kelas kedua susulan masih ramai ibu bapa mempunyai persepsi sedemikian mengenai TVET.

“Namun hakikatnya, graduan TVET lah sebenarnya mempunyai kadar kebolehpasaran dan gaji permulaan lebih tinggi berbanding pendidikan tinggi.

“Ini seiring dengan Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bertarikh 6 April 2023,” kata Asyraf Wajdi dilaporkan sebagai berkata demikian. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending