Connect with us

Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu mungkin dikeluarkan, Israel adakan “perbincangan kecemasan”

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.
  • Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 
  • Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.
  • Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan ini semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock baru-baru ini.

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.

Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 

Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.

Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan itu semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, baru-baru ini.

Dalam perbincangan pada Selasa melibatkan Menteri Luar Israel Katz, Menteri Kehakiman Yariv Levin dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Israel dilapor memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada kalangan diplomatik antarabangsa yang berpengaruh untuk mengatasi kemungkinan pengeluaran waran tangkap itu.

Menurut TOI, Tel Aviv bimbang “waran tangkap akan dikeluarkan berdasarkan krisis kemanusiaan di Gaza, dengan negara yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva ke-4 dikatakan mengetuai usaha itu”.

Terdahulu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar undang-undang antarabangsa berulang kali mengkritik ICC kerana lambat mengendalikan pendakwaan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang Israel di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending