Connect with us

Terkini

Pencarum Muslim KWSP simpanan konvensional : ‘Bersihkan’ dividen atau tukar kepada simpanan syariah – Pakar Kewangan Islam

Seorang pakar kewangan Islam meminta pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertukar kepada simpanan syariah ataupun melakukan pembersihan dividen.

Hidayah Sani

Published

on

Pencarum Muslim KWSP simpanan konvensional :
Foto: Pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
  • Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata ini kerana dana KWSP bagi simpanan konvensional dilaburkan secara bercampur dengan 66 peratus pendapatan membabitkan RM50.7 billion adalah daripada pelaburan tidak patuh syariah seperti perbankan nasional, insurans dan kadar faedah.
  • “Mandat KWSP konvensional bebas melabur di industri halal dan tidak halal asalkan boleh bawa keuntungan, mereka juga menggunakan instrumen tidak patuh Shariah, ke dalam syarikat tidak patuh Shariah.
  • “Atas sebab itu bagi mereka yang mementingkan halal dan keberkatan pada tahap maksimum, perlulah beralih ke akaun simpanan Shariah atau lakukan pembersihan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa lalu.
  • KWSP pada 3 Mac lalu, mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.
  • Dalam hantaran berbeza, Zaharuddin berkata pencarum KWSP yang beragama Islam wajar membuat pembersihan berjumlah 66 peratus daripada dividen simpanan konvensional yang diumumkan.

KUALA LUMPUR — Seorang pakar kewangan Islam meminta pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertukar kepada simpanan syariah ataupun melakukan pembersihan dividen.

Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata ini kerana dana KWSP bagi simpanan konvensional dilaburkan secara bercampur dengan 66 peratus pendapatan membabitkan RM50.7 billion adalah daripada pelaburan tidak patuh syariah seperti perbankan nasional, insurans dan kadar faedah.

“Mandat KWSP konvensional bebas melabur di industri halal dan tidak halal asalkan boleh bawa keuntungan, mereka juga menggunakan instrumen tidak patuh Shariah, ke dalam syarikat tidak patuh Shariah.

“Atas sebab itu bagi mereka yang mementingkan halal dan keberkatan pada tahap maksimum, perlulah beralih ke akaun simpanan Shariah atau lakukan pembersihan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa lalu.

Bagaimanapun,  katanya sebarang peralihan ke akaun syariah atau pembersihan dividen tertakluk kepada individu, kerana menurut peruntukan perlembagaan dan undang-undang sedia ada tiada pihak boleh memaksa pencarum dalam perkara itu. 

“Kami hanya memberi panduan dan cadangan serta nasihat. Peralihan ke akaun simpanan Shariah kini boleh dilakukan secara online melalui i-akaun KWSP masing-masing,” katanya.

KWSP pada 3 Mac lalu, mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata ia membabitkan agihan sejumlah RM50.3 billion bagi simpanan konvensional, manakala RM7.48 billion untuk simpanan syariah.

Dalam hantaran berbeza, Zaharuddin berkata pencarum KWSP yang beragama Islam wajar membuat pembersihan berjumlah 66 peratus daripada dividen simpanan konvensional yang diumumkan.

“Bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66 peratus dari jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan. 

“Ini menjadikan dividen patuh shariah KWSP konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87 peratus. 

“Jika dividen konvensional itu nilainya RM 10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan dan boleh guna wang sedia ada yang bukan simpanan KWSP,” kata Zaharuddin dalam hantaran yang berbeza.

Beliau berkata jumlah berkenaan juga boleh disalurkan kepada fakir miskin atau keperluan awam dengan niat untuk pembersihan, bagaimanapun pembersihan tidak diperlukan bagi dividen simpanan syariah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending