Connect with us

Antarabangsa

Jerman siap sedia berperang dengan Russia

Rakaman pegawai kanan Jerman membincangkan kemungkinan serangan ke atas Jambatan Crimean yang dibocorkan baru-baru ini, tidak menimbulkan keraguan bahawa Berlin sedang bersedia untuk berdepan konflik ketenteraan dengan Moscow, kata bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev di saluran Telegramnya pada Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jerman siap sedia berperang dengan Russia
Foto: Bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev.
  • Rakaman pegawai kanan Jerman membincangkan kemungkinan serangan ke atas Jambatan Crimean yang dibocorkan baru-baru ini, tidak menimbulkan keraguan bahawa Berlin sedang bersedia untuk berdepan konflik ketenteraan dengan Moscow, kata bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev di saluran Telegramnya pada Ahad.
  • Medvedev, yang juga Timbalan Ketua Majlis Keselamatan Russia, berkata demikian dalam komen mengenai rakaman audio itu yang timbul awal minggu ini.
  • RT melaporkan perkara itu didedahkan Ketua Pengarangnya, Margarita Simonyan pada Jumaat, yang berkata dia telah menerima rakaman audio itu daripada pegawai keselamatan Russia.
  • Jambatan Crimean juga dikenali sebagai Kerch Bridge, jambatan sejajar dengan empat lorong dan landasan keretapi berkembar, menghubungkan Russia dan Semenanjung Kerch, Crimea dibina Persekutuan Russia pada 2014 selepas Crimea menjadi sebahagian wilayah anex negara kuasa besar itu.

Rakaman pegawai kanan Jerman membincangkan kemungkinan serangan ke atas Jambatan Crimean yang dibocorkan baru-baru ini, tidak menimbulkan keraguan bahawa Berlin sedang bersedia untuk berdepan konflik ketenteraan dengan Moscow, kata bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev di saluran Telegramnya pada Ahad.

Medvedev, yang juga Timbalan Ketua Majlis Keselamatan Russia, berkata demikian dalam komen mengenai rakaman audio itu yang timbul awal minggu ini.

RT melaporkan perkara itu didedahkan Ketua Pengarangnya, Margarita Simonyan pada Jumaat, yang berkata dia telah menerima rakaman audio itu daripada pegawai keselamatan Russia.

Rakaman berdurasi 38 minit itu, dilaporkan dirakam pada 19 Februari, membabitkan perbualan di antara empat pegawai tentera udara Jerman, termasuk komandernya, Lt. Jen. Ingo Gerhartz.Ā 

Mereka sedang membincangkan butiran operasi dan sasaran peluru berpandu jarak jauh Taurus yang sedang dipertimbangkan Berlin untuk dibekalkan kepada Kiev.Ā 

Pegawai terbabit khususnya meneroka pilihan peluru berpandu itu yang akan diguna terhadap Jambatan Crimean dan bercakap tentang mengekalkan kebolehpercayaan munasabah sekiranya berlaku serangan sedemikian.Ā 

Jambatan Crimean juga dikenali sebagai Kerch Bridge, jambatan sejajar dengan empat lorong dan landasan keretapi berkembar, menghubungkan Russia dan Semenanjung Kerch, Crimea dibina Persekutuan Russia pada 2014 selepas Crimea menjadi sebahagian wilayah anex negara kuasa besar itu. ā€“ The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *