Terkini
Sekolah mubaligh di Sarawak tidak dibenarkan anjur majlis khatam al-Quran?
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menuntut penjelasan berhubung tindakan sebuah sekolah rendah mubaligh di Kuching, Sarawak yang tidak dibenarkan mengadakan majlis khatam al-Quran.
- Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menuntut penjelasan berhubung tindakan sebuah sekolah rendah mubaligh di Kuching, Sarawak yang tidak dibenarkan mengadakan majlis khatam al-Quran.
- Menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu, Firdaus Wong memuat naik notis dipercayai dari Pejabat Keuskupan yang tidak mengizinkan majlis itu dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Thomas atas alasan bercanggah dengan dasar mereka.
- “Program khatam al-Quran tidak dibenarkan di sekolah missionari? Adakah surat ini tulen? Seseorang menghantar kepada saya di medsos.
- “Ada sesiapa dari sekolah boleh mengesahkan? Saya hormat saja keputusan sekolah itu andai ianya adalah undang-undang di Sarawak,” kata Firdaus Wong, merujuk kepada notis mengenai majlis khatam al-Quran yang dijadualkan pada 3 Februari depan melibatkan murid darjah enam sekolah itu.
- Individu bernama Mark George yang mengaku sebagai alumni sekolah terbabit dalam ruangan komen, mendakwa isu seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
- Mark George turut memuat naik foto keratan akhbar pada 2012 bertajuk “Murid SK St. Thomas khatam al-Quran” dalam komennya.
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menuntut penjelasan berhubung tindakan sebuah sekolah rendah mubaligh di Kuching, Sarawak yang tidak dibenarkan mengadakan majlis khatam al-Quran.
Menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu, Firdaus Wong memuat naik notis dipercayai dari Pejabat Keuskupan yang tidak mengizinkan majlis itu dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Thomas atas alasan bercanggah dengan dasar mereka.
“Program khatam al-Quran tidak dibenarkan di sekolah missionari? Adakah surat ini tulen? Seseorang menghantar kepada saya di medsos.
“Ada sesiapa dari sekolah boleh mengesahkan? Saya hormat saja keputusan sekolah itu andai ianya adalah undang-undang di Sarawak,” kata Firdaus Wong.
Berdasarkan notis berkenaan, majlis khatam al-Quran itu dijadualkan berlangsung pada 3 Februari depan melibatkan murid darjah enam sekolah itu.
Isu larangan program khatam al-Quran itu turut mendapat perhatian netizen.
Individu bernama Mark George yang mengaku sebagai alumni sekolah terbabit mendakwa isu seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Beliau mendakwa isu itu timbul kerana seorang individu yang tidak dinamakan.
“This was my school.. dulu tiada masalah… masalah timbul kerana seorang individu,” katanya dalam ruangan komen.
Mark George turut memuat naik foto keratan akhbar pada 2012 bertajuk “Murid SK St. Thomas khatam al-Quran” dalam komennya.
The Merdeka Times sedang berusaha mendapatkan pihak berkaitan, termasuk SK St Thomas, untuk komen berhubung isu dibangkitkan itu. – The Merdeka Times