Antarabangsa
Rejim penjajah Israel terus ‘menyembelih’ penduduk Gaza di sekitar Hospital Kamal Adwan
Israel terus ‘menyembelih’ penduduk Gaza dengan lebih 100 lagi terbunuh di sekitar Hospital Kamal Adwan.
- Israel terus ‘menyembelih’ penduduk Gaza dengan lebih 100 lagi terbunuh di sekitar Hospital Kamal Adwan.
- “Pasukan pendudukan Israel telah mengepung hospital dari semua sudut. Kami menjadi sasaran tembakan dan peluru meriam,” kata Munir Al-Bursh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, bercakap dari dalam Hospital Kamal Adwan.
- Rakaman daripada Hospital Kamal Adwan menunjukkan mayat yang dibedung putih, berbaris di halaman perkarangan perubatan.
- Saksi berkata, sesiapa yang cuba untuk melarikan diri daripada hospital tersebut akan ditembak oleh penembak tepat Israel.
GAZA CITY – Israel terus ‘menyembelih’ penduduk Gaza dengan lebih 100 lagi terbunuh di sekitar Hospital Kamal Adwan.
Menurut Al Jazeera, tentera zionis telah mengepung hospital berkenaan dan melakukan serangan di sekitar pusat perubatan tersebut.
Rakaman daripada Hospital Kamal Adwan menunjukkan mayat yang dibedung putih, berbaris di halaman perkarangan perubatan.
Saksi berkata, sesiapa yang cuba untuk melarikan diri daripada hospital tersebut akan ditembak oleh penembak tepat Israel.
“Pasukan pendudukan Israel telah mengepung hospital dari semua sudut. Kami menjadi sasaran tembakan dan peluru meriam,” kata Munir al-Bursh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza, bercakap dari dalam Hospital Kamal Adwan.
Munir melahirkan kebimbangan pembunuhan beramai-ramai akan berlaku di Hospital Kamal Adwan seperti yang berlaku di beberapa hospital di Gaza.
Situasi di Hospital Kamal Adwan mengulangi peristiwa yang berlaku di Hospital al-Shifa, di mana orang ramai yang mencari perlindungan, pesakit dalam keadaan kritikal dan doktor diarah untuk berpindah selepas beberapa hari dikepung Israel.
“Hospital itu diserang oleh tentera Israel dengan tujuan untuk mengusir semua yang berada di dalam hospital,” kata al-Bursh.
“Kami, kakitangan perubatan, berpegang pada pendirian kami. Kami berdiri di sebelah pesakit kami yang cedera.” – Agensi
Sumber : Malaysia Gazette
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times