Terkini
Guru pukul kepala, tolak murid kerana tidak berdiri tegak masa perhimpunan
Gara-gara tidak berdiri tegak ketika perhimpunan sekolah diadakan, seorang guru memukul kepala dan menolak muridnya di sebuah sekolah rendah di bandar ini, semalam.
- Perlakuan yang dirakam guru dari sekolah sama dimuat naik melalui Facebook sejak semalam.
- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
- “Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak berdiri tegak ketika perhimpunan sekolah diadakan, seorang guru memukul kepala dan menolak muridnya di sebuah sekolah rendah di bandar ini, semalam.
Perlakuan yang dirakam guru dari sekolah sama dimuat naik melalui Facebook sejak semalam.
Video berdurasi selama 41 saat itu tular dan ditonton kira-kira 35,000 orang dan mendapat 4,799 komen serta dikongsi 5,749 pengikut sejak disiarkan.
Dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPNT) sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah, berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan.
“Kita mengesahkan tindakan awal sudah dilakukan selepas menyaksikan video yang ditularkan melalui Facebook (FB) berdurasi 41 saat seorang guru memukul kepala dan menolak seorang murid di sekolah itu.
“Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.
Guru yang merakam video itu dikatakan tidak bersetuju dan kurang senang dengan tindakan dan kaedah pentadbiran sekolah berkenaan.-The Merdeka Times