Connect with us

Terkini

Tingkat penguasaan bahasa Inggeris, kuasai bahasa Melayu tanpa tolak ansur – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan mulai tahun depan manakala kedudukan bahasa Melayu dikuasai tanpa tolak ansur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mutu penguasaan bahasa Inggeris kalangan murid dipertingkatkan mulai tahun depan manakala kedudukan bahasa Melayu dikuasai tanpa tolak ansur.
  • Perdana Menteri berkata, penguasaan sekurang-kurangnya dwi bahasa penting dan menjadi penekanan dalam kalangan negara maju.
  • “Sekarang ini kita bicara mutu pendidikan, bahasa Melayu bahasa utama, mesti dikuasai tanpa tolak ansur oleh semua pelajar tetapi kita harus cuba memikirkan kaedah baharu untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris.
  • “Jadi mulai tahun depan, mutu penguasaan bahasa Inggeris harus ditingkatkan selain mempertahankan kedudukan bahasa Melayu,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di sini, semalam.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan mulai tahun depan manakala kedudukan bahasa Melayu dikuasai tanpa tolak ansur.

Perdana Menteri berkata, ini kerana penguasaan sekurang-kurangnya dwi bahasa penting dan menjadi penekanan dalam kalangan negara maju.

“Sekarang ini kita bicara mutu pendidikan, bahasa Melayu bahasa utama, mesti dikuasai tanpa tolak ansur oleh semua pelajar tetapi kita harus cuba memikirkan kaedah baharu untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris.

“Jadi mulai tahun depan, mutu penguasaan bahasa Inggeris harus ditingkatkan selain mempertahankan kedudukan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di sini, semalam.

Anwar berkata, semua murid dan pelajar terutama di sekolah kebangsaan perlu diberi penekanan supaya penguasaan bahasa Inggeris menjadi lebih baik berbanding sekarang.

Bagaimanapun, beliau meminta supaya tidak ada mana-mana pihak yang melihat seolah-olah kerajaan hanya memberi keutamaan kepada penguasaan bahasa Inggeris. 

“Jadi jangan ada yang pertikai lagi seolah-olah (kerajaan) memberi keutamaan bahasa Inggeris, kita meninggalkan bahasa Melayu…tidak.

“Kalau nak negara ini terangkat keupayaan ekonomi dan kemajuannya, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa ilmu, bahasa utama dan dikuasai dengan baik oleh semua rakyat Malaysia termasuk di sekolah swasta dan antarabangsa.

“Kalau anak itu anak Malaysia, wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik. Jangan kita pandang ringan hal ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis terbabit, Anwar secara ringkas menzahirkan rasa kesyukuran sempena setahun pentadbirannya.

“Alhamdulillah kita sedaya upaya seluruh pasukan dan Insya-Allah kita akan perbaiki (kekurangan). Dengan kekuatan baharu kita akan melonjak lebih tinggi,” katanya.

Ditanya pula sama ada akan berlaku rombakan Kabinet pada Januari tahun depan, Perdana Menteri sekadar tersenyum sebelum meninggalkan majlis.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *