Terkini
Tindakan Hamas tepat, Rakyat Malaysia akan dijelaskan tentangnya – Tun Mahathir
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.

- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.
- Dr Mahathir berkata tindakan Hamas bukan bersifat keganasan, namun ia melibatkan isu warga Palestin ingin mendapatkan semula tanah mereka dan memperjuangkan kemerdekaan negara itu daripada terus menjadi mangsa penjajahan zionis Israel.
- “Saya bersetuju sepenuhnya dengan kamu (Ismail Haniyeh) bahawa ini bukan tindakan keganasan, (tetapi) ini isu warga Palestin hendak mendapatkan semula tanah mereka, mereka perjuangkan kemerdekaan mereka, tetapi Israel (ternyata) terus cuba menduduki lebih banyak kawasan tanah Palestin sepanjang masa,” katanya dalam perbualan telefon selama 15 minit bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.
Dr Mahathir berkata tindakan Hamas bukan bersifat keganasan, namun ia melibatkan isu warga Palestin ingin mendapatkan semula tanah mereka dan memperjuangkan kemerdekaan negara itu daripada terus menjadi mangsa penjajahan zionis Israel.
“Saya bersetuju sepenuhnya dengan kamu (Ismail Haniyeh) bahawa ini bukan tindakan keganasan, (tetapi) ini isu warga Palestin hendak mendapatkan semula tanah mereka, mereka perjuangkan kemerdekaan mereka, tetapi Israel (ternyata) terus cuba menduduki lebih banyak kawasan tanah Palestin sepanjang masa.
“Tindakan yang diambil Hamas satu tindakan tepat dan kami akan menjelaskan perkara itu kepada semua (rakyat Malaysia),” katanya dalam perbualan telefon selama 15 minit bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada Jumaat lalu.
Klip video rakaman perbualan itu dimuat naik Dr Mahathir di platform media sosial beliau, semalam.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau menyokong serangan yang dilakukan ke atas Palestin dihentikan sepenuhnya.
Katanya, tiada sebab untuk rejim zionis itu melaksanakan perancangan menyerang penduduk Palestin di Gaza menerusi laluan darat.
“Kami juga menyokong supaya pertempuran dihentikan, bukan untuk sementara tetapi dihentikan sepenuhnya.
“Tidak ada sebab untuk Israel perlu merancang serang Gaza melalui (jalan) darat jadi kami berharap masyarakat antarabangsa akan memberi tekanan kepada Israel untuk menerima gencatan senjata.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membuat orang ramai memahami apa yang sebenarnya berlaku di Gaza,” kata Dr Mahathir.
Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas