Connect with us

Terkini

(VIDEO) “Israel tertubuh atas satu kezaliman luar biasa” – Tun Mahathir

Negara haram Israel ditubuhkan atas kezaliman luar biasa kerana ia melibatkan tindakan merampas negara orang lain untuk diberi kepada pihak lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

A.R. Khan

Published

on

“Israel tertubuh atas satu kezaliman luar biasa” – Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR — Negara haram Israel ditubuhkan atas kezaliman luar biasa kerana ia melibatkan tindakan merampas negara orang lain untuk diberi kepada pihak lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata seseorang itu hendaklah memahami apa itu keadilan dan apa itu kesalahan serta mengingatkan seandainya kita tidak mengetahui apa yang baik dan buruk, maka kita tidak akan mampu membuat penilaian.

“Sebab itu mereka perlu kaji ataupun sekurang-kurangnya membaca berkenaan dengan sejarah tubuhnya negara Israel.

“Itu adalah satu kezaliman luar biasa, merampas negara orang, untuk diberi kepada pihak lain.

“Mereka sepatutnya kalau nak bagi, bagilah kawasan dalam negara mereka, tetapi mereka ambil kawasan orang Palestin untuk diserah kepada Israel, tanpa ada referendum, tanpa bertanya penduduk di situ, bahkan penduduk di situ dihalau keluar.

“Ini adalah satu kezaliman luar biasa,” katanya menjawab soalan wartawan The Merdeka Times selepas program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Al-Aqsa, Ke Mana Akhirnya’ di Kumpulan Karangkraf pada Jumaat lalu.

Advertisement

Ditanya adakah Israel boleh dikalahkan, Dr Mahathir berkata kuasa-kuasa barat tidak akan membenarkan negara haram itu tumbang.

“Saya berpendapat bahawa kuasa-kuasa barat tidak akan benar Israel tumbang, kalau mereka perlu bunuh orang Palestin pun mereka akan lakukan.

“Sebab itu dalam jenayah yang dilakukan Israel, (dalam) mengebom hospital, mereka tahu itu salah, tetapi mereka sanggup sokong, jadi (kita nampak) sokongan mereka kepada Israel ini tidak terhad, tidak mengikut undang-undang,” katanya.

Turut diundang sebagai panelis program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan bekas Pegawai Kanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Mohd Anas Hasan.

Program mereka juga turut disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian serta boleh ditonton semula di platform berkenaan. — The Merdeka Times

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending