Connect with us

Antarabangsa

Ramai pegawai kerajaan AS sengaja ‘butakan mata, pekakkan telinga’ mengenai jenayah perang Israel

Kebimbangan dasar dalam negeri menyebabkan kebanyakan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) sengaja ‘membutakan mata, memekakkan telinga’ mengenai jenayah perang yang dilakukan Israel di Palestin, terutamanya di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Ramai pegawai kerajaan AS sengaja ‘butakan mata, pekakkan telinga’ mengenai jenayah perang Israel
Foto: Bekas Pegawai Kanan Jabatan Negara AS, Josh Paul.
  • Kebimbangan dasar dalam negeri menyebabkan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) sengaja ‘membutakan mata, memekakkan telinga’ mengenai jenayah perang dilakukan Israel di Palestin, terutamanya di Gaza.
  • Perkara itu didedahkan bekas pegawai kanan Jabatan Negara AS yang letak jawatan sebagai protes terhadap kekejaman Zionis di Gaza.
  • Josh Paul seorang pegawai berprofil tinggi cetuskan kekecohan di Washington apabila beliau letak jawatan pada bulan lalu.
  • Dalam temu bual, beliau menyatakan, biarpun ramai pegawai rasa terganggu dengan tindakan tentera Israel di Gaza, namun mereka tetap tutup mata terhadap peraturan yang mengawal pemindahan senjata.
  • Jelas Paul, kritikan terhadap Israel sering dilihat sebagai landasan ketiga dalam politik AS, khususnya dalam Kongres.
  • “Perkara itu menjadi penghalang kepada pegawai AS untuk keluar dan menyatakan pandangan mereka secara terbuka biarpun mereka tahu itu salah dan perlu diperbetulkan,” kata Paul.

WASHINGTON: Kebimbangan dasar dalam negeri menyebabkan kebanyakan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) sengaja ‘membutakan mata, memekakkan telinga’ mengenai jenayah perang yang dilakukan Israel di Palestin, terutamanya di Gaza.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pegawai kanan Jabatan Negara AS yang meletak jawatan sebagai protes terhadap kekejaman Zionis di Gaza.

Josh Paul yang merupakan seorang daripada pegawai berprofil tinggi mencetuskan kekecohan di Washington apabila beliau meletak jawatan pada bulan lalu.

Dalam temu bual, beliau menyatakan, biarpun ramai pegawai rasa terganggu dengan tindakan tentera Israel di Gaza, namun mereka tetap menutup mata terhadap peraturan yang mengawal pemindahan senjata.

Sebagai bekas pengarah Kongres dan Hal Ehwal Awam di Biro Hal Ehwal Politik Ketenteraan Jabatan Negara AS, Paul membantu menyelia pemindahan senjata kepada sekutu AS termasuk Israel selama 11 tahun.

“Pada pandangan saya, Israel sudah melakukan jenayah perang di Gaza dan sebenarnya, bukan saya sahaja yang berpendapat begitu.

“Ramai lagi pegawai rasakan perkara yang sama, namun mereka tidak berani untuk menyatakannya secara terbuka,” kata Paul.

Advertisement

Namun, kerajaan AS terus membekalkan senjata kepada Israel biarpun mengetahui senjata itu digunakan untuk membunuh orang awam.

Jelas Paul, kritikan terhadap Israel sering dilihat sebagai landasan ketiga dalam politik AS, khususnya dalam Kongres.

“Perkara itu menjadi penghalang kepada pegawai AS untuk keluar dan menyatakan pandangan mereka secara terbuka biarpun mereka tahu itu salah dan perlu diperbetulkan.

“Kami juga tidak boleh berbincang dan kami hanya dikerahkan supaya memastikan bekalan senjata kepada Israel berjalan lancar,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending