Connect with us

Antarabangsa

Menteri kesihatan Palestin minta ICRC desak rejim Israel henti serangan ke atas Gaza

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri kesihatan Palestin minta ICRC desak rejim Israel henti serangan ke atas Gaza
Foto: Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila.
  • Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila pada Ahad seru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk desak Israel hentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.
  • Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwakilan ICRC di Baitulmaqdis dan penyelaras hal ehwal kesihatan, lapor Agensi Anadolu.
  • “Nyawa beratus-ratus pesakit kini terancam akibat pengeboman dan pengepungan. Hospital tiada bekalan elektrik akibat kehabisan bahan api selain kekurangan bekalan ubat-ubatan dan keperluan asas.
  • “Situasi kesihatan semakin teruk di Semenanjung Gaza dan serangan ke atas sistem kesihatan menyaksikan 23 daripada 35 hospital terpaksa menghentikan operasi sepenuhnya.
  • “Tentera Israel mengepung banyak hospital dan menghalang keluar masuk kakitangan perubatan, paramedik dan pesakit,” kata Al-Kaila.

Ramallah: Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwakilan ICRC di Baitulmaqdis dan penyelaras hal ehwal kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

“Nyawa beratus-ratus pesakit kini terancam akibat pengeboman dan pengepungan. Hospital tiada bekalan elektrik akibat kehabisan bahan api selain kekurangan bekalan ubat-ubatan dan keperluan asas.

“Situasi kesihatan semakin teruk di Semenanjung Gaza dan serangan ke atas sistem kesihatan menyaksikan 23 daripada 35 hospital terpaksa menghentikan operasi sepenuhnya.

“Tentera Israel mengepung banyak hospital dan menghalang keluar masuk kakitangan perubatan, paramedik dan pesakit,” kata Al-Kaila.

Al-Kaila berkata rakyat di Semenanjung Gaza kini menjalani kehidupan yang tragis, tiada lagi tempat yang selamat, air, makanan, keselamatan dan penjagaan kesihatan.

Beliau sekali lagi menyeru semua institusi antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menghentikan pencerobohan Israel serta segera membenarkan kemasukan bantuan kesihatan dan bahan api ke hospital.

Advertisement

Pihak yang berkenaan juga bertanggungjawab untuk memudahkan pesakit menerima rawatan di luar Gaza, termasuk membenarkan pasukan sukarelawan perubatan, bekalan air dan makanan masuk ke Semenanjung Gaza.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending