Connect with us

Terkini

Menteri agama, JAKIM kena berani betulkan naratif Islamofobia konflik Palestin-Israel

Menteri agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa supaya lebih berani memperbetulkan naratif salah dibawa pihak tertentu berhubung Islamofobia melibatkan konflik Palestin-Israel

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Menteri agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa supaya lebih berani memperbetulkan naratif salah dibawa pihak tertentu berhubung Islamofobia melibatkan konflik Palestin-Israel.
  • Gesaan itu dibuat Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang berpandangan usaha dilakukan kerajaan, khususnya JAKIM, untuk memberikan kefahaman berhubung Islamofobia setakat ini, masih belum cukup.
  • Rafidah berkata menteri agama dan JAKIM perlu lebih aktif dan kehadapan dalam mengambil tindakan berhubung isu Islamofobia ketika ini bagi mengelakkan mana-mana menteri, khususnya yang bukan beragama Islam, mengeluarkan kenyataan semberono melibatkan sensitiviti umum.
  • Beliau berkata Islamofobia dalam konflik Palestin-Israel itu berlaku berikutan terdapat Ahli Parlimen di Malaysia yang sewenang-wenangnya melabelkan sokongan terhadap Palestin sebagai keganasan.
  • So, bila dia kita kata cuba untuk mengatakan bahawa inisiatif satu bentuk jihad ketenteraan tu adalah keganasan it’s very islamophobic for me,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau mengulas isu dakwaan ciapan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berbaur islamofobia susulan Kor Ming menyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan dengan meletakkan gambar murid sekolah berpakaian seperti pejuang Palestin serta memegang senjata mainan.

KUALA LUMPUR — Menteri agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa supaya lebih berani memperbetulkan naratif salah dibawa pihak tertentu berhubung Islamofobia melibatkan konflik Palestin-Israel.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang berpandangan usaha dilakukan kerajaan, khususnya JAKIM, untuk memberikan kefahaman berhubung Islamofobia setakat ini, masih belum cukup.

Rafidah berkata menteri agama dan JAKIM perlu lebih aktif dan kehadapan dalam mengambil tindakan berhubung isu Islamofobia ketika ini bagi mengelakkan mana-mana menteri, khususnya yang bukan beragama Islam, mengeluarkan kenyataan semberono melibatkan sensitiviti umum.

“Saya rasa Menteri Agama dan JAKIM perlu lebih jelas untuk mengingatkan menteri-menteri yang bukan beragama Islam terutamanya apabila ada isu-isu sensitif ini untuk merujuk kepada JAKIM dan menteri agama. 

“Sebelum mereka secara semberono buat statement dan kena ada satu keberanian di pihak menteri agama dengan JAKIM untuk memperbetulkan naratif-naratif yang salah di pihak ini sebab kita kata tak adillah balik-balik NGO dan aktivis masyarakat je yang memperbetulkan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas isu dakwaan ciapan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berbaur islamofobia susulan Kor Ming menyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan dengan meletakkan gambar murid sekolah berpakaian seperti pejuang Palestin serta memegang senjata mainan.

Foto : Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming di platform X

Merujuk kepada ciapan itu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary di Dewan Rakyat semalam mendakwa kekeliruan dan Islamofobia yang berlaku adalah disebabkan salah tanggapan terhadap Islam, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga menteri.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang mengatakan wujudnya sangkaan jahat dibuat Ahmad Marzuk dan minta tuduhan itu ditarik semula.

Advertisement

Mengulas lanjut, Rafidah berkata Kor Ming sepatutnya membuat rundingan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum mengeluarkan ciapan itu yang boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah apabila menteri sesama sendiri dilihat tidak menghormati kementerian lain. 

“Saya ingat sewaktu Nga Kor Ming mengatakan pemakaian keffiyeh ataupun anak-anak bawa senjata itu adalah satu bentuk keganasan, ia satu perkara yang tidak tepat dan stereotyping bahawa setiap umat Islam yang memegang senjata itu mestilah bersifat keganasan. 

“Saya rasa sepatutnya Ahli Parlimen di Malaysia ni faham tentang pergolakan politik Palestin dan Israel sebab Malaysia memang dah lama mengambil pendirian untuk tidak mengiktiraf Israel kerana penjajahan mereka dan kita juga tahu kerajaan yang dipilih secara demokrasi adalah Hamas.

So, bila dia kita kata cuba untuk mengatakan bahawa inisiatif satu bentuk jihad ketenteraan tu adalah keganasan it’s very islamophobic for me,” kata Rafidah yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ).

Beliau berkata Islamofobia dalam konflik Palestin-Israel itu berlaku berikutan terdapat Ahli Parlimen di Malaysia yang sewenang-wenangnya melabelkan sokongan terhadap Palestin sebagai keganasan. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending