Terkini
(VIDEO) Ahli Parlimen PN kaitkan menteri dengan Islamofobia diarah keluar Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary diarah keluar Dewan Rakyat petang ini selepas membuat tuduhan mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia sehingga menimbulkan kekecohan.

- Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary diarah keluar Dewan Rakyat selepas mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia.
- Arahan keluar dewan itu dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong, terhadap Ahmad Marzuk selepas ahli Parlimen itu enggan menarik tuduhannya seperti diputuskan dewan.
- Ahmad Marzuk merujuk kepada hantaran Kor Ming yang menyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan dengan meletakkan gambar murid sekolah berpakaian seperti pejuang Palestin serta memegang senjata mainan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary diarah keluar Dewan Rakyat petang ini selepas membuat tuduhan mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia sehingga menimbulkan kekecohan.
Arahan keluar dewan itu dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong, terhadap Ahmad Marzuk selepas ahli Parlimen itu enggan menarik tuduhannya seperti diputuskan dewan.

Foto: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kanan bawah).
Terdahulu, Ahmad Marzuk ketika mencelah dalam sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, mendakwa kekeliruan dan Islamofobia disebabkan salah tanggapan terhadap Islam, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga menteri.
Beliau mendakwa ia termasuklah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang dilihat salah tanggap terhadap Islam melalui hantaran ahli Parlimen Teluk Intan itu, di laman sosial sebelum ini.
Ahmad Marzuk merujuk kepada hantaran Kor Ming yang menyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan dengan meletakkan gambar murid sekolah berpakaian seperti pejuang Palestin serta memegang senjata mainan.
“Adakah Yang Berhormat (menteri) berusaha untuk fahamkan dalam kalangan menteri Kabinet, yang tidak faham sebab itu adanya larangan terhadap Qunut Nazilah,” katanya.
Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kemudiannya membangkitkan mengenai Peraturan Mesyuarat 36 bahawa wujudnya sangkaan jahat dibuat Ahmad Marzuk dan minta tuduhan itu ditarik semula.
“Secara terang-terangan tadi Pengkalan Chepa membuat sangkaan jahat… saya tidak setuju dengan apa yang dia bawa, dia tabur fitnah itu, apa yang disebut diputar belitkan,” katanya.
Howard turut mempersoalkan sama ada Ahmad Marzuk mengetahui niat yang ingin disampaikan ahli Parlimen Teluk Intan itu melalui hantarannya.
Keadaan menjadi kecoh selama beberapa minit antara beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang saling bertelagah.
Alice kemudiannya mengarahkan bentara supaya membawa keluar Ahmad Marzuk berikutan beliau enggan berbuat demikian dan ingin mengemukakan usul.
Sumber : Berita Harian
View this post on Instagram
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas