Connect with us

Terkini

Isu Islamofobia: Berat sebelah, terlalu jaga hati pimpinan bukan Islam – Ridhuan Tee

Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

-Isu-Islamofobia-Berat-sebelah-terlalu-jaga-hati-pimpinan-bukan-Islam-–-Ridhuan-Tee
Foto: Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Ia ekoran kontroversi yang timbul baru-baru ini termasuk isu tuduhan ekstremisme oleh seorang menteri terhadap pelajar sekolah yang berpakaian ala pejuang Palestin semasa Minggu Solidariti Palestin.
  • “Jika mereka benar-benar ikhlas, dia takkan komen banyaklah pasal  sambutan Solidariti Palestin di sekolah, budak pegang senapang kayu sahaja pun (senapang mainan),” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Selasa.
  • Mengulas insiden Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang diarah keluar Dewan Rakyat semalam selepas mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia, Mohd Ridhuan berkata, ia bukan sangkaan jahat.
  • Jelas beliau, wakil rakyat bukan Islam terutama DAP perlu melihat tafsiran lebih luas tentang makna Islamofobia itu sendiri.

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Ia ekoran kontroversi yang timbul baru-baru ini termasuk isu tuduhan ekstremisme oleh seorang menteri terhadap pelajar sekolah yang berpakaian ala pejuang Palestin semasa Minggu Solidariti Palestin.

Turut dibangkitkan pihak lain adalah dakwaan larangan takbir dan bacaan doa qunut nazillah.

Mohd Ridhuan berkata sentimen Islamofobia sedemikian bukan baharu dalam kalangan kelompok terbabit, terutamanya DAP.

Mereka bergantung kepada DAP untuk berkuasa, jadi nak tak nak mereka terpaksa ikut rentak DAP,  kalau tak mana mungkin mereka naik selama ini.

“Wayang yang dimainkan DAP ini bukan perkara baru, misalan solidariti pakai mafla untuk Palestin, ini main wayang je.

“Jika mereka benar-benar ikhlas,  dia takkan komen banyaklah pasal  sambutan Solidariti Palestin di sekolah, budak pegang senapang kayu sahaja pun (senapang mainan),” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata sikap DAP itu hakikatnya tidak banyak bezanya dengan parti PAP di Singapura yang merupakan asal kepada parti politik tersebut.

Mengulas insiden Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang diarah keluar Dewan Rakyat semalam selepas mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia, Mohd Ridhuan berkata, ia bukan sangkaan jahat.

Jelas beliau, wakil rakyat bukan Islam terutama DAP perlu melihat tafsiran lebih luas tentang makna Islamofobia itu sendiri.

“Saya juga pada masa yang sama berharap UMNO sebagai rakan koalisi DAP, sedarlah tentang perkara ini, jadi ‘check- balance’ kepada kerajaan ketika ini.

Dia dah berada dalam keadaan patutnya dia kena jadi lebih berani supaya orang yang kurang ajar dan sebagainya ditegur, kalau UMNO berani bersuara, mereka tak berani, sebab kalau satu parti keluar, dia akan tumbang,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berpandangan, isu islamofobia yang timbul ketika ini adalah kerana berlaku salah tanggapan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung semenjak 1946.

Jelas beliau, ia tidak ada kena mengena dengan agama atau raja.

“Agama sepatutnya menjadi satu perkara yang menyatukan kerana Islam ada cara yang bagus, Kristian begitu juga dan Buddha ada gaya hidup dan nilai yang bagus.

“Ia sebenarnya belaku disebabkan keadaan politik yang kurang sihat sebenarnya,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *