Terkini
Isu Islamofobia: Berat sebelah, terlalu jaga hati pimpinan bukan Islam – Ridhuan Tee
Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

- Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
- Ia ekoran kontroversi yang timbul baru-baru ini termasuk isu tuduhan ekstremisme oleh seorang menteri terhadap pelajar sekolah yang berpakaian ala pejuang Palestin semasa Minggu Solidariti Palestin.
- “Jika mereka benar-benar ikhlas, dia takkan komen banyaklah pasal sambutan Solidariti Palestin di sekolah, budak pegang senapang kayu sahaja pun (senapang mainan),” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Selasa.
- Mengulas insiden Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang diarah keluar Dewan Rakyat semalam selepas mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia, Mohd Ridhuan berkata, ia bukan sangkaan jahat.
- Jelas beliau, wakil rakyat bukan Islam terutama DAP perlu melihat tafsiran lebih luas tentang makna Islamofobia itu sendiri.
KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa bersikap berat sebelah dan terlalu menjaga hati pimpinan bukan Islam, terutama dalam hal melibatkan isu Islamofobia, di negara ini, kata Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Ia ekoran kontroversi yang timbul baru-baru ini termasuk isu tuduhan ekstremisme oleh seorang menteri terhadap pelajar sekolah yang berpakaian ala pejuang Palestin semasa Minggu Solidariti Palestin.
Turut dibangkitkan pihak lain adalah dakwaan larangan takbir dan bacaan doa qunut nazillah.
Mohd Ridhuan berkata sentimen Islamofobia sedemikian bukan baharu dalam kalangan kelompok terbabit, terutamanya DAP.
“Mereka bergantung kepada DAP untuk berkuasa, jadi nak tak nak mereka terpaksa ikut rentak DAP, kalau tak mana mungkin mereka naik selama ini.
“Wayang yang dimainkan DAP ini bukan perkara baru, misalan solidariti pakai mafla untuk Palestin, ini main wayang je.
“Jika mereka benar-benar ikhlas, dia takkan komen banyaklah pasal sambutan Solidariti Palestin di sekolah, budak pegang senapang kayu sahaja pun (senapang mainan),” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata sikap DAP itu hakikatnya tidak banyak bezanya dengan parti PAP di Singapura yang merupakan asal kepada parti politik tersebut.
Mengulas insiden Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang diarah keluar Dewan Rakyat semalam selepas mengaitkan seorang menteri dengan Islamofobia, Mohd Ridhuan berkata, ia bukan sangkaan jahat.
Jelas beliau, wakil rakyat bukan Islam terutama DAP perlu melihat tafsiran lebih luas tentang makna Islamofobia itu sendiri.
“Saya juga pada masa yang sama berharap UMNO sebagai rakan koalisi DAP, sedarlah tentang perkara ini, jadi ‘check- balance’ kepada kerajaan ketika ini.
“Dia dah berada dalam keadaan patutnya dia kena jadi lebih berani supaya orang yang kurang ajar dan sebagainya ditegur, kalau UMNO berani bersuara, mereka tak berani, sebab kalau satu parti keluar, dia akan tumbang,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berpandangan, isu islamofobia yang timbul ketika ini adalah kerana berlaku salah tanggapan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung semenjak 1946.
Jelas beliau, ia tidak ada kena mengena dengan agama atau raja.
“Agama sepatutnya menjadi satu perkara yang menyatukan kerana Islam ada cara yang bagus, Kristian begitu juga dan Buddha ada gaya hidup dan nilai yang bagus.
“Ia sebenarnya belaku disebabkan keadaan politik yang kurang sihat sebenarnya,” katanya. – The Merdeka Times
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas