Connect with us

Antarabangsa

Israel perhebatkan pengeboman sasar sekitar hospital – Hamas

Kerajaan Hamas di Gaza mendakwa tentera Israel memperhebatkan pengeboman menyasarkan beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza petang semalam, sejurus selepas telekomunikasi dimatikan.

Wartawan TMT

Published

on

Israel perhebatkan pengeboman sasar sekitar hospital - Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Hamas di Gaza dakwa tentera Israel memperhebatkan pengeboman menyasarkan beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza petang semalam, sejurus selepas telekomunikasi dimatikan.
  • “Selama lebih sejam, pengeboman hebat berlaku beberapa kawasan sekitar hospital,”  kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Hamas, Salama Marouf.
  • Menurutnya, kawasan sekitar hospital terbesar wilayah Palestin, Al-Shifa, menjadi sasaran serangan pengeboman bertubi-tubi.
  • Pengeboman itu dilakukan selepas rejim zionis itu sekali lagi mendakwa Hamas menggunakan hospital dalam kempen ketenteraan mereka terhadap tentera Israel.
  • Hamas bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan awal pagi semalam mengatakan pihaknya terbuka untuk membenarkan pemantau antarabangsa memeriksa hospital untuk mengesan tanda-tanda penggunaan oleh pejuang.

SEMENANJUNG GAZA — Kerajaan Hamas di Gaza mendakwa tentera Israel memperhebatkan pengeboman menyasarkan beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza petang semalam, sejurus selepas telekomunikasi dimatikan.

“Selama lebih sejam, pengeboman hebat berlaku beberapa kawasan sekitar hospital,” kata Ketua Pejabat Media Kerajaan Hamas, Salama Marouf.

Menurutnya, kawasan sekitar hospital terbesar wilayah Palestin, Al-Shifa, menjadi sasaran serangan pengeboman bertubi-tubi.

Pengeboman itu dilakukan selepas rejim Zionis itu sekali lagi mendakwa Hamas menggunakan hospital dalam kempen ketenteraan mereka terhadap tentera Israel.

“Hamas meletakkan pasukan dan senjata di dalam, di bawah dan di sekitar sekolah, masjid, rumah serta kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, kepada pemberita.

Menerusi sidang akhbar itu, Hagari memaparkan imej yang dikatakannya menunjukkan pejuang Hamas melepaskan tembakan dari hospital Gaza dan satu lagi menunjukkan tapak pelancaran peluru berpandu yang hanya terletak kira-kira 75 meter dari hospital.

“Antara jenayah perang yang paling teruk dilakukan Hamas ialah menggunakan hospital untuk menyembunyikan infrastruktur keganasan mereka,” katanya.

Advertisement

Hamas bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan awal pagi semalam mengatakan pihaknya terbuka untuk membenarkan pemantau antarabangsa memeriksa hospital untuk mengesan tanda-tanda penggunaan oleh pejuang.

Israel tidak henti-henti menyerang Semenanjung Gaza yang terkepung sepenuhnya dalam pertempurannya untuk memusnahkan Hamas, hingga serangan itu meratakan seluruh blok bandar dan membunuh lebih 9,700 orang.

Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Serangan ke atas Gaza berlaku selepas pejuang Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober dan membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, kata pihak berkuasa Israel.

Sumber : Berita Harian

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending