Terkini
Hormati undang-undang antarabangsa, kemerosotan multilateralisme perlu ditangani – Zambry
Sudah tiba masanya kemerosotan dan hakisan terhadap aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa ditangani bagi memupuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif untuk semua, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

- Kemerosotan dan hakisan aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa perlu ditangani bagi memupuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif untuk semua, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
- “Kita sedang menyaksikan kemerosotan dan penghakisan multilateralisme serta penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
- “Ini terbukti menerusi peristiwa menakutkan yang dilihat berlaku di Gaza, dengan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya pada sesi Pleno Mesyuarat Menteri-menteri APEC ke-34 di sini pada Rabu.
SAN FRANCISCO — Sudah tiba masanya kemerosotan dan hakisan terhadap aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa ditangani bagi memupuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif untuk semua, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Keamanan dan pembangunan saling berkaitan. Ketegangan geopolitik dan geoekonomi menyemarakkan lagi polarisasi. Kita sedang menyaksikan kemerosotan dan penghakisan multilateralisme serta penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
“Ini terbukti menerusi peristiwa menakutkan yang dilihat berlaku di Gaza, dengan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya pada sesi Pleno Mesyuarat Menteri-menteri APEC ke-34 di sini pada Rabu.
“Kita tidak boleh selektif terhadap penderitaan manusia. Sikap tidak adil dan hipokrit mesti dihentikan.
“Untuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif buat semua, kita perlu membina kepercayaan, merapatkan jurang yang semakin meningkat, dan menangani isu asas yang melanda dunia termasuk konflik yang semakin meningkat yang memecahbelahkan kita,” katanya.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera.
Zambry berkata pengajaran pahit daripada pandemik COVID-19 mendedahkan betapa rapuh rantaian bekalan global.
“Konflik di seluruh dunia memburukkan lagi keadaan. Penyelesaiannya bukan terletak pada usaha meningkatkan perlindungan dan langkah-langkah unilateral yang menghalang pembangunan sosio-ekonomi.
“Kita perlu memastikan rantaian bekalan global yang lebih berdaya tahan yang memberi manfaat kepada semua, dan bukan hanya segelintir kelompok,” katanya.
Beliau turut mengambil peluang untuk mengetengahkan kenyataan bahawa Malaysia mengiktiraf kepentingan keselamatan siber dalam menjaga aspek kritikal Ekonomi Digital.
Beliau berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah ditugaskan untuk meningkatkan daya tahan negara terhadap cabaran semakin meningkat, diwujudkan oleh ancaman siber.
“Dalam usaha meningkatkan daya tahan keseluruhan Malaysia dan respons kepada ancaman siber yang semakin meningkat, Malaysia sedang berusaha untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Keselamatan Siber.
“Apabila direalisasikan, rang undang-undang ini akan mengesahkan pendirian proaktif Malaysia dalam memperkukuh kapasitinya bagi menentang ancaman siber dengan berkesan, kerana ia memastikan keselamatan dan kestabilan negara,” kata Zambry.
Beliau berkata Rang Undang-undang itu juga akan menggabungkan keupayaan untuk menjangka dan menyesuaikan diri dengan landskap teknologi digital yang berkembang.
“Dengan berbuat demikian Malaysia berhasrat meletakkan dirinya sebagai destinasi yang selamat dan boleh dipercayai untuk pelaburan domestik dan antarabangsa,” katanya.
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas