Connect with us

Antarabangsa

Hamas sekat kemaraan rejim zionis Israel di Gaza

Tentera Israel, semalam mendakwa sudah mengepung Bandar Gaza di Semenanjung Gaza, susulan serangan balas mereka ke atas Palestin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Hamas sekat kemaraan rejim zionis Israel di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel, semalam mendakwa sudah mengepung Bandar Gaza di Semenanjung Gaza, susulan serangan balas mereka ke atas Palestin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
  • Kemaraan tentera Israel ke Bandar Gaza bagaimanapun disekat pejuang Hamas melalui serangan hendap dari rangkaian terowong bawah tanah di wilayah itu.
  • Bandar di utara Semenanjung Gaza itu menjadi tumpuan Israel dalam melancarkan serangan habis-habisan bagi mencapai misi memusnahkan markas pentadbiran Hamas, selepas mengarahkan orang awam melarikan diri ke selatan.
  • Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Ubaida, berkata jumlah kematian Israel di Gaza adalah jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan tentera.
  • “Tentera Israel hanya akan kembali ke wilayah haram mereka dalam beg mayat hitam,” katanya.

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel, semalam mendakwa sudah mengepung Bandar Gaza di Semenanjung Gaza, susulan serangan balas mereka ke atas Palestin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Kemaraan tentera Israel ke Bandar Gaza bagaimanapun dapat disekat pejuang Hamas melalui serangan hendap dari rangkaian terowong bawah tanah di wilayah itu.

Bandar di utara Semenanjung Gaza itu menjadi tumpuan Israel dalam melancarkan serangan habis-habisan bagi mencapai misi memusnahkan markas pentadbiran Hamas, selepas mengarahkan orang awam melarikan diri ke selatan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata rejim itu kini berada di puncak pertempuran dan tidak akan berhenti sehingga ‘Hamas musnah sama sekali’.

“Kami mencapai kejayaan yang mengagumkan dan berjaya melepasi pinggir bandar Gaza. Kami sedang maju ke depan,” katanya dalam kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, berkata pasukannya sudah menyelesaikan tindakan mengepung Kota Gaza yang menjadi pusat tumpuan pertubuhan Hamas.

Ketua jurutera tentera Israel, Brigedier Jeneral Iddo Mizrahi, pula berkata anggota rejim itu masih berdepan risiko membabitkan serangan periuk api dan jerangkap samar.

Advertisement

“Hamas nampaknya sudah melakukan persiapan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Israel menyatakan sudah kehilangan 18 askar dan membunuh puluhan pejuang Hamas sejak operasi darat diperluaskan bermula Jumaat lalu.

Sementara itu, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Ubaida, berkata jumlah kematian Israel di Gaza adalah jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan tentera.

“Tentera Israel hanya akan kembali ke wilayah haram mereka dalam beg mayat hitam,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending