Antarabangsa
Hamas sedia tukar tentera zionis Israel dengan semua tahanan Palestin
Seorang pegawai kanan Hamas berkata gerakan itu sedia bebaskan semua tentera Israel yang ditawan sebagai pertukaran untuk semua tahanan Palestin di penjara Israel.
- Seorang pegawai kanan Hamas berkata gerakan itu sedia bebaskan semua tentera Israel yang ditawan sebagai pertukaran untuk semua tahanan Palestin di penjara Israel.
- Pegawai Hamas dan bekas menteri kesihatan Gaza, Bassem Naim, berkata kumpulan itu sedang melalui ‘rundingan rumit’ untuk melanjutkan pemberhentian perang.
- “Kami bersedia membebaskan semua tentera sebagai pertukaran untuk semua tahanan kami,” kata Bassem pada sidang akhbar di Cape Town, ketika lawatan ke Afrika Selatan.
- Pejuang Gaza menculik kira-kira 240 tebusan dari selatan Israel dalam serangan pada 7 Oktober lalu, yang didakwa pegawai Israel mengorbankan kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam.
CAPE TOWN: Seorang pegawai kanan Hamas berkata gerakan itu sedia bebaskan semua tentera Israel yang ditawan sebagai pertukaran untuk semua tahanan Palestin di penjara Israel.
Pegawai Hamas dan bekas menteri kesihatan Gaza, Bassem Naim, berkata kumpulan itu sedang melalui ‘rundingan rumit’ untuk melanjutkan pemberhentian perang.
“Kami bersedia membebaskan semua tentera sebagai pertukaran untuk semua tahanan kami,” kata Bassem pada sidang akhbar di Cape Town, ketika lawatan ke Afrika Selatan.
Pejuang Gaza menculik kira-kira 240 tebusan dari selatan Israel dalam serangan pada 7 Oktober lalu, yang didakwa pegawai Israel mengorbankan kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam.
Sebagai tindak balas, Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas dan melancarkan serangan udara serta darat, menyebabkan hampir 15,000 orang, juga kebanyakannya orang awam.
Seramai 60 tebusan Israel dan 180 banduan Palestin sudah dibebaskan di bawah perjanjian pemberhentian perang selama enam hari, yang membawa kegembiraan kepada keluarga mereka.
Ketika perbincangan diteruskan, 10 tebusan Israel kembali ke negara itu, antaranya lima wanita, tiga kanak-kanak dan dua lelaki berusia 18 tahun, kata pejabat perdana menteri.
Sebagai balasan, kementerian luar Qatar berkata, Israel membebaskan 30 rakyat Palestin, termasuk 14 wanita dan 16 kanak-kanak.
Sumber yang rapat dengan Hamas berkata kumpulan pejuang itu sedia melanjutkan pemberhentian perang selama empat hari lagi dan membebaskan lebih ramai tebusan Israel, namun hanya sehari dipersetujui.
“Kami cuba berusaha dengan pengantara untuk merundingkan pemberhentian perang sama sekali,” kata Bassem.
Sebelum ini, tentera Israel berkata, ia sedang menyiasat laporan oleh sayap bersenjata Hamas bahawa seorang bayi berusia 10 bulan, abangnya berusia empat tahun dan ibu mereka, semuanya dibunuh di Gaza.
“Kami mengesahkan dua hingga tiga minggu lalu bahawa 60 warga Israel terbunuh akibat pengeboman Israel dan masih berada di bawah runtuhan.
“Wanita itu dan dua anaknya adalah antara mereka yang terkorban, saya boleh mengesahkannya,” kata Bassem. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia