Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan dua hari

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari, menurut kumpulan Palestin dan pengantara Qatar pada Isnin, sekali gus membuka jalan untuk pembebasan selanjutnya tebusan dan banduan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza dilanjutkan dua hari, menurut kumpulan Palestin dan pengantara Qatar pada Isnin, sekali gus membuka jalan pembebasan selanjutnya tebusan dan banduan.
  • Hamas berkata, persetujuan dicapai untuk memanjangkannya selama 48 jam di bawah terma sedia ada.
  • Tiada pengesahan segera daripada pihak Israel mengenai lanjutan itu, yang bagaimanapun dipuji Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai “sekilas harapan dan kemanusiaan di tengah-tengah kegelapan perang.”
  • Jurucakap kementerian luar Qatar, Majed Al Ansari mengumumkan bahawa “perjanjian dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari tambahan di Semenanjung Gaza.”

Gaza: Gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari, menurut kumpulan Palestin dan pengantara Qatar pada Isnin, sekali gus membuka jalan untuk pembebasan selanjutnya tebusan dan banduan.

Dengan hanya beberapa jam sebelum jeda kemanusiaan tamat awal Selasa, Hamas berkata, persetujuan dicapai untuk memanjangkannya selama 48 jam di bawah terma sedia ada.

Tiada pengesahan segera daripada pihak Israel mengenai lanjutan itu, yang bagaimanapun dipuji oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres sebagai “sekilas harapan dan kemanusiaan di tengah-tengah kegelapan perang.”

Qatar – dengan sokongan Amerika Syarikat dan Mesir – terbabit dalam rundingan sengit untuk mewujudkan dan memanjangkan gencatan senjata di Gaza.

Jurucakap kementerian luar Qatar, Majed Al Ansari mengumumkan bahawa “perjanjian dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari tambahan di Semenanjung Gaza.”

Hamas, yang mengendalikan Gaza dan mencetuskan perang apabila pejuangnya melakukan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di selatan Israel pada bulan lalu berkata, ia merangka senarai tebusan baharu untuk dibebaskan.

Lewat Isnin, pada hari terakhir gencatan senjata awal empat hari, tentera Israel berkata, 11 tebusan “kini berada di wilayah Israel”.

Qatar berkata, 11 warga Israel itu akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada 33 tahanan Palestin, yang kebanyakannya dikatakan di bawah umur.

Warga Israel yang dibebaskan adalah dua warganegara Perancis, Jerman dan Argentina, tambah Qatar.

Israel sudah jelas bahawa jeda itu direka untuk membolehkan Hamas membebaskan lebih ramai daripada kira-kira 240 tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober yang turut membunuh 1,200 warga Israel dan warga asing, menurut pegawai di negara itu.

Kempen Israel menentang Hamas sudah menyebabkan hampir 15,000 terbunuh, kebanyakannya orang awam Palestin, menurut kerajaan Hamas Gaza.

Kebanyakan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan mereka kekurangan barangan keperluan.

Sepanjang empat hari tempoh pertama gencatan senjata sementara itu, 50 tebusan dan 150 tahanan Palestin dijangka akan ditukar antara kedua pihak.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending