Antarabangsa
Hamas lancar serang balas serangan darat rejim Zionis
Pejuang Hamas melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal serta tembakan mesingan dalam serangan balas ke atas tentera Israel di utara dan selatan Gaza hari ini sewaktu kenderaan perang itu menyerang bandar utama yang menggusarkan nasib orang awam Palestin.
- Pejuang Hamas lancar peluru berpandu anti kereta kebal serta tembakan mesingan dalam serangan balas ke atas tentera Israel di utara dan selatan Gaza hari ini sewaktu kenderaan perang itu menyerang bandar utama yang menggusarkan nasib orang awam Palestin.
- Tentera Israel ketika ini sedang memperluaskan operasi darat di Gaza dengan alasan mahu menghukum Hamas.
- Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas yang memerintah Gaza, berkata pejuangnya bertempur awal hari ini apabila tentera Zionis menyerbu paksi selatan Gaza, dengan menggunakan mesingan malah menyasarkan empat kenderaan menggunakan peluru berpandu al-Yassin 105 atau peluru berpandu anti kereta kebal keluaran tempatan.
- Kata al-Qassam lagi, pejuang mereka turut menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu.
GAZA: Pejuang Hamas melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal serta tembakan mesingan dalam serangan balas ke atas tentera Israel di utara dan selatan Gaza hari ini sewaktu kenderaan perang itu menyerang bandar utama yang menggusarkan nasib orang awam Palestin.
Tentera Israel ketika ini sedang memperluaskan operasi darat di Gaza dengan alasan mahu menghukum Hamas.
Saksi berkata, rejim Zionis menyasarkan jalan utama utara-selatan Gaza sejak semalam dan menyerang Bandar Gaza dari dua arah.
Israel juga mendakwa, tenteranya berjaya membebaskan seorang askar daripada tahanan Hamas, seorang daripada 239 tebusan yang dikatakan Israel ditangkap pada 7 Oktober lalu.
Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas yang memerintah Gaza, berkata pejuangnya bertempur awal hari ini apabila tentera Zionis menyerbu paksi selatan Gaza, dengan menggunakan mesingan malah menyasarkan empat kenderaan menggunakan peluru berpandu al-Yassin 105 atau peluru berpandu anti kereta kebal keluaran tempatan.
Kata al-Qassam lagi, pejuang mereka turut menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan pertempuran itu dan tiada maklum balas daripada tentera Israel.
Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan 8,306 orang, termasuk 3,457 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel.
Pakar ketenteraan berkata, tentera Israel bergerak perlahan dalam serangan darat mereka di Gaza untuk memberi peluang terhadap kemungkinan Hamas akan berunding mengenai pembebasan tebusan.
Tentera Israel berkata, mereka juga sudah menyerang lebih 600 sasaran pejuang Hamas sejak beberapa hari lalu di Gaza, yang kronik akibat pemutusan bekalan keperluan penting.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih sejuta daripada kira-kira 2.3 juta penduduk awam Gaza sudah kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman Israel.
Katanya, trak bantuan kemanusiaan juga sudah sampai ke wilayah yang dikepung itu dengan arahan awam dilanggar apabila orang ramai menyerbu gudang PBB untuk mendapatkan makanan.
Situasi itu menyebabkan empat pusat pengedaran bantuan PBB dan kemudahan penyimpanan tidak dapat digunakan, seperti yang disahkan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) semalam.
“Ia adalah bencana di dalam bencana. Keperluan kesihatan semakin meningkat dan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan itu semakin berkurangan,” kata ketua kecemasan serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rick Brennan, yang turut mengulangi gesaan antarabangsa bagi gencatan senjata untuk membolehkan operasi kemanusiaan yang lebih besar.
Trak bantuan sudah bergerak ke Gaza dari Mesir sejak seminggu lalu melalui Rafah.
Ia menjadi titik utama penyampaian bantuan sejak Israel mengenakan ‘pengepungan menyeluruh’ ke atas Gaza selepas serangan 7 Oktober lalu.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh